Wednesday, June 15, 2011

TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH PERLU BERSOPAN !

OLEH MM

Malaysia telah mencapai kemajuan ekonomi dan sosial yang ketara semenjak beberapa dekad yang lalu. Pertumbuhan ekonomi yang pesat telah meningkat Malaysia dari sebuah ekonomi pertanian berpendapatan rendah dan berasaskan komoditi sesebuah ekonomi berpendapatan sederhana yang berjaya.

Malaysia juga mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dari Perlis sehingga Sabah dan Sarawak. Kini rakyat telah dapat menikmati segala kemudahan dan keselamatan untuk meneruskan kehidupan mereka tanpa gangguan dan sekatan dari mana-mana pihak jua .
Pelawat-pelawat asing dan pelancong-pelancong menganggap Malaysia mempunyai rakyat yang sentiasa senyum serta mempunyai budi bahasa yang sangat baik. Nilai ini memang menjadi darah daging ahli-ahli setiap kaum di Malaysia ini termasuklah mereka-mereka di Sabah dan Sarawak.

Negeri-Negeri Seperti Sarawak Dan Sabah Mempunyai Kaum Yang bertradisi dan ikatan budaya yang membolehkan mereka hidup dengan aman, saling hormat-menghormati sesama mereka.

Baru-baru ini seorang anak Sabah yang berpangkat Timbalan Ketua Menteri Sabah dan juga merangkap Tim. Presiden Persatuan Sabah, Datuk Dr. Yee Moh Chai, tanpa usul periksa membuat tuduhan melulu terhadap YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri yang telah lama berjasa kepada negara dan bangsa. Tindakan YB ini merupakan satu tabiat yang sangat aneh terutamanya apabila ia datang daripada kaum yang lama mengamalkan nilai hormat-menghormati dan berbudi bahasa. Perkara seperti ini tidak sepatutnya timbul kerana beliau diberi ruang dalam Kerajaan untuk melahirkan perasaan beliau dalam apa hal jua.

Tuduhan yang dibuat itu juga adalah satu body language yang negatif melambangkan bahawa YB ini seolah-olah telah hilang pedoman serta dan keupayaan untuk mengawal diri sendiri sehingga sanggup mengkompromikan adab menjadi biadab.

Pemerhati berpendapat bahawa sikap demikian YB Dr. Yee juga melambangkan beliau mungkin tidak cukup mendapat latihan yang sewajarnya. Sekiranya, perangai ini tidak dikawal ia akan mencerminkan imej buruk kepada beliau sendiri sebagai pemimpin tempatan yang tidak berwibawa dan berdisplin.

Untuk makluman YB Datuk Yee, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di bawah YB Dato’ Seri Dr. telah dipertanggungjawabkan untuk melancarkan Sistem Telekomunikasi Jalur Lebar Kelajuan Tinggi 4G di Malaysia Timur termasuk Sarawak dan Sabah. Pada 2010, YB Dato’ Seri telah berjaya melancarkan kampung Wi-Fi di merata-rata tempat di negara ini melalui Program USP SKMM secara berfasa.

Sehingga kini, 61% atau 17.5 juta penduduk Malaysia telah menjadi pengguna internet di Malaysia. Sehingga 8 Jun 2011, jumlah langganan jalur lebar mencecah angka 4,980,740 akaun. Langganan jalur lebar isi rumah 3,876,990 akaun sementara jalur lebar tanpa wayar 2,985,310 akaun. Bagi liputan 3G pula, terdapat 9.7 juta langganan pada suku pertama 2011. Justeru, Malaysia merupakan negara-negara yang telah mencapai kejayaan yang sangat tinggi dalam hal ini seperti yang berlaku di Itali, Turkey, Amerika Indonesia dan lain-lain negara. Pencapaian ini telah menarik perhatian pemimpin-pemimpin negara luar yang berkunjung secara rasmi di Malaysia dan berminat untuk menjadikan Malaysia sebagai model untuk melaksanakan program yang serupa di negara masing-masing.

Pemerhati juga ingin mengingatkan YB Yee supaya lebih tertib dalam ucapan dan memberi pandangan terutamanya beliau sebagai Timbalan Ketua Menteri yang sepatutnya melaporkan apa-apa masalah kepada Ketua Menteri nya. Setiap rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat untuk meluahkan apa sahaja perkara demi kepentingan peribadi atau pihak tertentu tetapi perlu berdasarkan ikatan kepada agama, budaya serta ketertiban dalam negara Malaysia ini.

Akibat daripada sikap tidak saling hormat-menghormati, status beliau sebagai YB tercemar di samping menjejas integriti dan imej sebagai Tim. Ketua Menteri yang kelihatan cuba meraih publisiti murahan. Seorang pemimpin perlu melengkapkan diri dengan kekuatan dalaman bagi memilih apa yang terbaik untuk dilakukan demi rakyat Malaysia termasuk Sabah. Seseorang itu perlu menggunakan suaranya demi kebaikan negara serta menjadi pemangkin kepada perpaduan rakyat.

No comments: