Wednesday, June 15, 2011

TKM SABAH - JANGAN CARI PUBLISITI MURAH !

Ole M.Perry

Saya sangat hairan kenapa YB Dato Seri Utama Dr.Rais Yatim yang banyak berjasa kepada pembangunan jalur lebar di Malaysia tiba-tiba menjadi mangsa cemuhan TKM Dr.Yee Moh Chai. Cemuh-mencemuh antara sesama rakan perjuangan tidak mencerminkan peradaban baik, lebih-lebih lagi di kalangan orang Sabah yang penuh tertib. DASURY bukan merupakan seorang yang gemar dengan janji-janji kosong seperti didakwa oleh setengah-tengah pihak di Sabah. Sekiranya kita melihat betapa membangunnya kemudahan jalur lebar dan penggunaan internet di Malaysia maka kita tidak akan percaya kepada tohmahan yang dilemparkan terhadap Rais yang bermotif politik tersendiri.

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim adalah bertanggungjawab untuk melancarkan sistem telekomunikasi jalur lebar kelajuan tinggi 4G yang pertama di dunia di Limbang Sarawak pada 10 April 2011. Beliau melancarkan Kampong WiFi dirata-rata di seluruh pelusuk negara sehingga mencecah 16,902,600 pengguna on-line di Malaysia atau 64.6 % daripada jumlah penduduk. Malaysia menduduki dalam golongan 10 buah negara dalam dunia yang banyak guna facebook. Antaranya adalah US, Indonesia, Philippines, Turkey, Italy, India, Mexico, Spain and Argentina.

Apakah Yee Moh Chai dari parti PBS cuba melancarkan ‘perang dingin’ dengan pemimpin utama dari Semenanjung untuk mempopularkan diri dikalangan pengundi Cina di Sabah? Apakah rationalnya membangitkan semula perkara-perkara yang dibangkitkan oleh blogger Rocky Bru yang dianggap sudah selesai? Saya melihat cemuhan Yee Moh Chai dan rakan-rakannya terhadap DASURY adalah tidak berasas malah hanya merupakan satu gimmick politik untuk menarik perhatian public.

No comments: