Saturday, August 30, 2008

BAJET 2009

TEKS ucapan Bajet 2009 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentang Rang Undang-Undang Perbekalan (2009) di Dewan Rakyat pada 29 Ogos 2008.
SAYA mohon mencadangkan supaya suatu rang undang-undang bertajuk ‘Suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang yang disatukan untuk per- khidmatan bagi tahun 2009 dan bagi mem- peruntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu’ dibaca bagi kali kedua.
Bismillahir rahmanir rahim
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dari-Nya jua, saya dapat membentangkan Bajet 2009 di dewan yang mulia ini.
Sejak 51 tahun yang lalu, kerajaan telah berjaya membawa kesejahteraan kepada rakyat, berlandaskan kepada prinsip perkongsian kuasa, mengutamakan kestabilan politik, berpegang kepada kesederhanaan dan mementingkan kemakmuran ekonomi.
Sebenarnya, negara kita merupakan antara negara yang paling stabil dan makmur di rantau ini. Kejayaan ini telah dicapai sungguhpun negara telah menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran, terutamanya pada tahun 1969, 1972, 1986 dan 1997. Setiap krisis itu telah kita atasi. Hari ini kita berdepan dengan persekitaran harga global yang tinggi dan pertumbuhan ekonomi dunia yang perlahan. Namun, saya yakin, sekiranya kita kekal bersatu padu, kita akan sekali lagi berjaya mengatasi cabaran yang dihadapi sekarang.
Semangat setia kawan yang ikhlas teruji ketika kita menghadapi kesukaran dan kesusahan. Kawan di masa senang memang ramai, tetapi kawan sejati yang setia dan sanggup bersama di masa susah tidak mudah dicari. Semangat kesetiaan kepada negara dan bangsa adalah amat penting untuk membina sebuah negara yang aman dan makmur. Dalam negara berdemokrasi memang wujud perbezaan pendapat. Sungguhpun begitu, kita harus bersatu teguh apabila berdepan isu-isu bersabit kepentingan negara.
Persekitaran ekonomi dan pasaran kewangan global kini menghadapi cabaran dan perkembangan tidak menentu. Seluruh dunia terpaksa menanggung beban akibat daripada harga minyak yang meningkat tinggi secara mendadak, di samping meningkatnya harga bahan makanan dan komoditi lain. Ketidakstabilan sektor kewangan di Amerika Syarikat menggugat pertumbuhan ekonomi di negara tersebut serta Eropah.
Walaupun aktiviti ekonomi di rantau Asia, terutamanya India dan China, kekal menggalakkan, namun sokongan permintaan domestik di negara-negara tersebut mungkin terjejas sedikit akibat tekanan inflasi. Senario ekonomi ini pastinya mempengaruhi perkembangan ekonomi global dan ekonomi negara kita tidak terkecuali daripada pengaruhnya.
Kita bersyukur kerana ekonomi negara terus kukuh dan berdaya tahan. Asas ekonomi dan pasaran eksport yang pelbagai, serta rizab antarabangsa yang tinggi, telah meletakkan ekonomi negara lebih fleksibel untuk menghadapi persekitaran luar negara yang mencabar.
Ekonomi negara terus mencatat pertumbuhan yang mantap. Asas ekonomi negara yang kekal kukuh serta peningkatan permintaan dalam negeri membolehkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama mencatat pertumbuhan 7.1 peratus, dan 6.3 peratus bagi suku kedua, lalu meletakkan KDNK bagi setengah tahun pertama 2008 pada tahap 6.7 peratus. Berasaskan daya tahan ekonomi yang kukuh, pengalaman dan keupayaan negara, serta sokongan padu rakyat, kita berjaya mengatasi beberapa krisis ekonomi dan kewangan terdahulu. Meskipun negara tidak terkecuali daripada kesan negatif disebabkan harga minyak yang meningkat, kerajaan yakin ekonomi negara akan terus stabil, dengan pertumbuhan KDNK dianggarkan 5.7 peratus pada tahun ini.
Bajet 2009
Bajet 2009 menumpukan kepada langkah- langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah kita bina selama ini terus terjamin. Untuk itu, adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya kita berupaya menangani kesan persekitaran luar yang semakin sukar.
Bertemakan Kerajaan Prihatin dan selaras dengan lima teras Misi Nasional, Bajet 2009 akan menumpukan kepada tiga strategi khusus, iaitu:
Pertama: Menjamin kesejahteraan rakyat;
Kedua: Membangunkan modal insan berkualiti; dan
Ketiga: Memperkukuhkan daya tahan negara.
STRATEGI PERTAMA: MENJAMIN KESEJAHTERAAN RAKYAT
Kerajaan akan terus memastikan rakyat sama-sama menikmati kemakmuran, hasil daripada pertumbuhan ekonomi negara. Untuk ini, kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.
Jaringan Keselamatan Sosial
Kerajaan tidak pernah mengabaikan golongan miskin. Kesukaran yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah, berikutan daripada kenaikan kos sara hidup, amat difahami oleh kerajaan. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk Semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 sebulan untuk Sabah. Ini bermakna, bilangan penerima bantuan meningkat dua kali ganda daripada 54,000 isi rumah kepada 110,000 isi rumah. Ini termasuk bilangan warga emas yang layak meningkat daripada 14,000 kepada 40,000 penerima. Langkah ini melibatkan perbelanjaan tambahan sejumlah RM500 juta.
Kerajaan menghargai jasa pesara yang telah menyumbang kepada kemajuan yang kita kecapi hari ini. Bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan, mulai 1 Januari 2009. Peningkatan ini melibatkan seramai 75,000 pesara wajib, termasuk penerima pencen terbitan, dengan peruntukan tambahan RM140 juta pada 2009.
Kerajaan telah menyediakan tabung bantuan bagi mereka yang dilanda bencana, seperti banjir dan kebakaran. Untuk memperluaskan skop bantuan, kerajaan akan menubuhkan satu tabung bantuan khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang kehilangan punca pendapatan secara mengejut, seperti akibat kemalangan.
Kerajaan prihatin terhadap kanak-kanak yang memerlukan penjagaan dalam suasana kekeluargaan. Sebagai satu inisiatif, kerajaan, dengan kerjasama sektor korporat, telah mewujudkan program Rumah Tunas Harapan, di mana sektor korporat menyediakan rumah, manakala kerajaan membayar kos mengurus. Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan akan menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini akan berkuat kuasa mulai 1 September 2008. Untuk memperluaskan lagi program ini, kerajaan menyeru kerjasama sektor swasta untuk membina lebih banyak Rumah Tunas Harapan.
Membasmi Kemiskinan
Pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 5.7 peratus pada tahun 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007. Bilangan isi rumah miskin tegar berkurangan 43 peratus daripada 67,300 isi rumah kepada 38,400 isi rumah pada tempoh yang sama. Kerajaan yakin matlamat menghapuskan kemiskinan tegar akan dapat dicapai pada 2010.
Kerajaan akan terus melaksanakan program meningkatkan pendapatan serta menyediakan latihan kemahiran dan kerjaya di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat. Selain itu, Program Lonjakan Mega Luar Bandar di Pulau Banggi, Sabah dan Tanjung Gahai, di Kuala Lipis, Pahang sedang dilaksanakan. Untuk tujuan ini, peruntukan RM220 juta disediakan, yang akan memanfaatkan 13,300 isi rumah.
Bagi perumahan pula, dalam tempoh 2006 hingga 2008, sebanyak 3,500 rumah baru telah dibina dan 2,000 rumah dibaik pulih di bawah Program Bantuan Rumah untuk membantu keluarga miskin tegar memiliki rumah kediaman yang selesa. Pada tahun 2009, peruntukan RM50 juta disediakan untuk membina 1,400 rumah baru dan membaik pulih 1,000 buah rumah. Keutamaan diberi kepada golongan tua, uzur, cacat dan ibu atau bapa tunggal yang mempunyai ramai tanggungan serta mangsa bencana alam.
Kemiskinan tegar di Sabah dan Sarawak juga telah dikurangkan dengan ketara. Di Sabah, jumlah isi rumah miskin tegar dikurangkan daripada 32,400 pada tahun 2004 kepada 18,100 pada tahun 2007. Di Sarawak, jumlah tersebut berkurangan daripada 5,200 kepada 3,600. Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di kedua-dua negeri tersebut, terutamanya mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan RM420 juta bagi Sarawak.
Sebagai satu langkah kerajaan meringankan lagi beban kewangan golongan berpendapatan rendah, isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu membayar bil elektrik, berkuat kuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009. Kerajaan akan menanggung kos bil tersebut yang berjumlah RM170 juta. Seramai 1.1 juta isi rumah akan mendapat manfaat daripada langkah ini.
Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna Rakyat
Kerajaan sedar bahawa peningkatan kadar inflasi telah turut memberi kesan kepada kuasa beli golongan berpendapatan sederhana. Untuk membantu mereka, kerajaan mencadangkan rebat cukai RM350 seorang yang diberikan pada masa ini, dinaikkan kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000 dan ke bawah. Berikutan langkah ini, seramai 100 ribu pembayar cukai dalam golongan pendapatan sederhana tidak lagi dikenakan cukai.
Di samping itu, untuk mengurangkan beban cukai, terutamanya individu yang bergantung kepada pendapatan daripada simpanan, kerajaan mencadangkan pendapatan faedah ke atas simpanan bagi individu dikecualikan cukai.
Bagi menangani kesan kenaikan harga barangan pengguna, kerajaan mencadangkan duti import ke atas beberapa barangan pengguna dikurangkan daripada di antara 10 peratus dan 60 peratus kepada di antara lima peratus dan 30 peratus. Barangan terlibat termasuk pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik. Di samping itu, kerajaan mencadangkan duti import ke atas beberapa barang makanan di antara dua peratus dan 20 peratus dikecualikan sepenuhnya. Antara barang makanan terlibat adalah mihun, biskut, jus buah-buahan dan jagung manis dalam tin.
Pada masa ini, kenderaan penumpang persendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat dikenakan cukai jalan yang lebih tinggi berbanding kenderaan sama berenjin petrol. Kerajaan akan mengurangkan kadar cukai jalan kenderaan penumpang persendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat supaya sama dengan kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, berkuat kuasa 1 September 2008.
Menjamin Kebajikan Pekerja
Sektor swasta perlu mengutamakan kebajikan pekerja. Untuk menyokong usaha sedemikian, kerajaan mencadangkan elaun perjalanan antara rumah dan tempat kerja yang diberikan oleh majikan kepada pekerja diberi potongan sepenuhnya, manakala pekerja yang menerima elaun perjalanan diberi pengecualian cukai sehingga RM2,400 setahun.
Di samping itu, kerajaan mencadangkan pengecualian cukai diberikan ke atas manfaat yang dinikmati pekerja, seperti berikut:
Pertama: Bantuan kadar faedah bagi pinjaman berjumlah sehingga RM300,000 untuk perumahan, kenderaan bermotor dan pendidikan;
Kedua: Telefon mudah alih serta bil telekomunikasi dan langganan internet yang dibayar oleh majikan;
Ketiga: Nilai diskaun sehingga RM1,000 setahun ke atas barangan jualan syarikat yang ditawarkan kepada pekerjanya;
Keempat: Nilai diskaun ke atas perkhidmatan yang diniagakan oleh syarikat yang ditawarkan kepada pekerja, seperti sekolah swasta yang memberi pendidikan percuma kepada anak pekerjanya; dan
Kelima: Elaun penjagaan anak sehingga RM2,400 setahun bagi anak- anak pekerja.
Pada masa ini, pengecualian cukai ke atas manfaat perubatan yang disediakan oleh majikan tidak merangkumi perbelanjaan materniti. Kerajaan mencadang memperluaskan pengecualian cukai kepada perbelanjaan materniti. Di samping itu, memandangkan terdapat rakyat yang menggunakan perubatan tradisional, seperti akupunktur dan ayurvedic, kerajaan juga mencadangkan pengecualian cukai diberi ke atas manfaat perubatan tradisional yang diterima oleh pekerja.
Untuk membantu penjawat awam, kerajaan akan meningkatkan tahap kelayakan untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180. Tahap kelayakan pendapatan isi rumah bulanan dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM3,000, mulai 1 Januari 2009.
Pada masa ini, kakitangan kerajaan diberi kemudahan tambang pergi balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal, iaitu di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. Bagi mengeratkan silaturahim keluarga, kemudahan ini akan diberikan setiap tahun, mulai 1 Januari 2009.
Menambah Baik Pengangkutan Awam
Kerajaan akan terus menggalakkan lebih ramai warga menggunakan pengangkutan awam dalam konteks meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup. Saya telah turun padang baru-baru ini untuk melihat sendiri keadaan pengangkutan awam di ibu kota kita. Saya percaya, pengangkutan awam yang lebih efisien dan bersepadu amat penting bagi menyediakan kemudahan perjalanan yang lancar serta meningkatkan kekerapan perkhidmatan.
RapidKL dan RapidPenang telah ditubuhkan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam di Lembah Klang dan di Pulau Pinang. Kini, RapidKL menyediakan perkhidmatan bas kepada 166 laluan merangkumi lebih 980 kawasan kediaman. Sejumlah 14 peratus merupakan laluan sosial yang tidak menguntungkan dan tidak diliputi oleh syarikat pengangkutan awam yang lain. Laluan sosial ini masih beroperasi untuk memenuhi hasrat kerajaan untuk memastikan rakyat, terutamanya daripada kalangan berpendapatan rendah, mendapat manfaat daripada usaha penambahbaikan pengangkutan awam. Pada puratanya, seramai 400,000 penumpang sehari menggunakan perkhidmatan bas dan 350,000 menggunakan perkhidmatan rel RapidKL. Keseluruhannya, 44 peratus daripada perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang disediakan oleh RapidKL.
RapidPenang pula menyediakan perkhidmatan bas kepada 33 laluan di 106 kawasan perumahan dengan jumlah 46,000 penumpang sehari. RapidPenang kini menyediakan 60 peratus daripada jumlah perkhidmatan bas di Pulau Pinang. Untuk memperluaskan lagi jaringan perkhidmatan, 200 bas akan ditambah, menjadikan jumlah 350 bas. Dengan ini, perkhidmatan bas RapidPenang dijangka dapat diperluaskan lagi dengan 14 jaringan laluan baru dan jumlah penumpang meningkat kepada 120,000 penumpang sehari pada penghujung tahun 2009.
Untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan awam, sebanyak RM35 bilion akan di- belanjakan dalam tempoh 2009 hingga 2014. Ini termasuk projek-projek meningkatkan kapasiti perkhidmatan rel sedia ada, membina laluan rel baru, menambah bilangan bas serta menyediakan kemudahan infrastruktur berkaitan.
Sistem LRT sedia ada di Lembah Klang akan dipanjangkan sejauh 30 kilometer, iaitu masing-masing sepanjang 15 kilometer bagi aliran Kelana Jaya dan aliran Ampang. Apabila siap pada tahun 2011, kedua-dua projek ini akan memanfaatkan 2.6 juta bilangan penduduk di sepanjang Koridor Subang Jaya-USJ dan Koridor Kinrara-Puchong, berbanding 1.9 juta pada masa ini.
Pada masa yang sama, perolehan 35 set tren bagi aliran Kelana Jaya telah dilaksanakan dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2010, dengan kos RM1.3 bilion.
Dengan langkah-langkah ini, kapasiti aliran Kelana Jaya akan meningkat lebih dua kali ganda, daripada 160,000 penumpang sehari pada masa ini kepada 350,000 penumpang sehari. Aliran Ampang pula akan mempunyai kapasiti 280,000 penumpang sehari berbanding 150,000 penumpang pada masa ini.
Untuk memperluaskan lagi jaringan perkhidmatan rel bandar di Lembah Klang, satu laluan LRT baru sepanjang 42 kilometer akan dibina dari Kota Damansara ke Cheras. Laluan baru ini, dengan kapasiti melebihi 300,000 penumpang sehari, apabila siap pada tahun 2014, akan memberi perkhidmatan rel bagi kawasan kediaman, perdagangan dan kewangan Koridor Kota Damansara-Cheras yang mempunyai bilangan penduduk lebih sejuta orang.
Kerajaan telah mengambil alih aset dan operasi KL Monorail daripada operator swasta pada akhir tahun 2007. Beberapa langkah meningkatkan kecekapan operasi dan penyelenggaraan telah dilaksanakan. Berikutan langkah-langkah ini, kesemua 12 tren yang ada telah berjaya beroperasi semula sepenuhnya. Semenjak pengambilalihan, jumlah penumpang telah meningkat lebih 10 peratus daripada purata 51,000 penumpang sehari kepada lebih 57,000 penumpang sehari pada masa ini. Pengambilalihan ini akan menyumbang kepada usaha menjadikan perkhidmatan rel bandar di Lembah Klang lebih berintegrasi.
Perkhidmatan rel komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad akan dipertingkatkan. Langkah sedang dilaksanakan untuk membaik pulih 20 set Electric Multiple Unit (EMU) sedia ada yang dijangka siap pada 2009. Sejumlah 13 EMU baru juga akan ditambah menjelang tahun 2011. Dengan ini, kapasiti KTM komuter dijangka meningkat daripada 350,000 penumpang sehari pada masa ini kepada 500,000 sehari. Bagi memperluaskan jaringan perkhidmatan rel komuter, laluan Sentul-Batu Caves sepanjang 7.5 kilometer sedang dibina dan dijangka siap menjelang 2010.
Di samping itu, dua projek utama sedang dilaksanakan bagi meningkatkan perkhidmatan KTM, iaitu Projek Landasan Berkembar Elektrik Seremban-Gemas, yang dijangka siap pada tahun 2012 dan Ipoh-Padang Besar pada tahun 2013.
Kerajaan juga sedang membina terminal pengangkutan bersepadu di Bandar Tasik Selatan bertujuan menyediakan kemudahan kepada teksi dan bas antara bandar daripada kawasan selatan Semenanjung. Terminal moden lima tingkat ini mempunyai kapasiti menampung lebih 130 teksi dan 100 bas, kemudahan letak kereta dan ruang komersial, di samping mempunyai connectivity dengan rel aliran Ampang, ERL dan KTM komuter serta juga teksi dan bas bandar di Lembah Klang. Terminal ini dijangka beroperasi pada tahun 2011.
Bagi menyediakan kemudahan kepada teksi dan bas antara bandar daripada kawasan utara semenanjung, satu terminal pengangkutan bersepadu yang baru akan dibina. Terminal ini akan dapat mengurangkan lagi kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.
Pengusaha-pengusaha pengangkutan awam berperanan penting memastikan jaringan perkhidmatan yang lebih luas serta efisien, selamat dan bermutu tinggi, di kawasan bandar dan luar bandar. Untuk membantu mengurangkan kos operasi pengusaha pengangkutan awam, kerajaan telah pun meningkatkan kuota subsidi diesel bagi pengangkutan awam. Kerajaan akan turut mengambil langkah- langkah berikut:
Pertama: Menyediakan kemudahan pinjaman mudah melalui Dana Pengangkutan Awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysi Berhad untuk membiayai perolehan aset bas dan rel; dan
Kedua: Mengurangkan bayaran tol sebanyak 50 peratus bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan, iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam, untuk tempoh dua tahun, bermula 15 september 2008. Kerajaan akan memberi pampasan kepada operator tol di atas kehilangan hasil berikutan pengurangan ini yang dianggarkan RM45 juta setahun.
Di samping itu, pengusaha semua bas diberi pengecualian cukai jualan ke atas pembelian bas baru yang dipasang dalam negara dan perbelanjaannya diberi Elaun Modal Dipercepatkan. Selain itu, cukai jalan dikurangkan kepada RM20 setahun bagi semua bas dan teksi, termasuk kereta sewa pandu dan limousin.
Untuk memastikan perhatian khusus diberikan kepada usaha memajukan sistem pengangkutan awam bandar secara menyeluruh, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, untuk merancang, mengintegrasi, mengawal selia dan memajukan sistem perkhidmatan pengangkutan awam. Suruhanjaya ini dijangka mula beroperasi pada pertengahan tahun 2009.
Dasar Jaminan Makanan
Kerajaan sedang melaksanakan pelbagai program pertanian bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi. Sebanyak RM5.6 bilion disediakan di bawah Dasar Jaminan Makanan Negara bagi tempoh 2008 hingga 2010. Peruntukan ini antara lain adalah untuk pembayaran insentif kepada pengusaha pertanian bertujuan meringankan beban kenaikan kos pengeluaran dan bagi menggalakkan peningkatan pengeluaran hasil tani. Seramai 350,000 petani yang mengusahakan sayur- sayuran, buah-buahan, akuakultur dan ternakan akan mendapat faedah daripada insentif ini.
Dalam usaha meningkatkan hasil tangkapan ikan, peruntukan RM300 juta telah disediakan. Daripada jumlah ini, RM180 juta untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan serta RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan. Seramai 100,000 nelayan termasuk pemilik bot akan mendapat manfaat.
Di samping itu, untuk menggalakkan pengeluaran ayam dan itik, kerajaan mencadangkan penternak ayam dan itik diberi Elaun Pelaburan Semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan.
Kerajaan akan menyediakan insentif peningkatan pengeluaran hasil padi dengan peruntukan RM1 bilion yang akan memberi manfaat kepada 220,000 pesawah di seluruh negara. Lebih 1,300 hektar tanah terbiar telah dikenal pasti bagi pengeluaran padi dan makanan lain, seperti buah-buahan, sayur- sayuran dan ternakan.
Selain itu, peruntukan RM475 juta disediakan bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu golongan pesawah. Untuk meringankan beban petani, kerajaan mencadang memansuhkan duti import ke atas baja dan racun perosak.
Menjana Pendapatan Melalui Kredit Mikro
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ditubuhkan untuk membantu isi rumah miskin luar bandar meningkatkan pendapatan melalui pembiayaan kredit mikro. Sejak ditubuhkan pada tahun 1987, AIM telah mengeluarkan pinjaman kepada lebih 180,000 isi rumah, dengan jumlah pembiayaan RM2.5 bilion. Atas hasrat untuk menangani kemiskinan bandar, skop dan operasi AIM telah diperluaskan kepada golongan miskin bandar, bermula tahun ini. Untuk ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan dana modal pusingan RM100 juta untuk membiayai program Kewangan Mikro Bandar. AIM telah mula beroperasi di Kuala Lumpur bagi membantu golongan sasaran isi rumah berpendapatan RM2,000 sebulan dan ke bawah. Program ini akan diperluaskan ke bandar-bandar di seluruh negara mulai awal 2009.
Meningkatkan Taraf Hidup Orang Asli
Peningkatan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli terus diberi perhatian bagi memastikan mereka sama-sama menikmati kemakmuran ekonomi negara. Selaras dengan matlamat tersebut, peruntukan RM160 juta disediakan untuk mempergiatkan lagi usaha menyediakan peluang pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas yang lebih baik kepada masyarakat Orang Asli. Program utama yang akan dijalankan termasuk pembukaan pusat transit Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di Sungai Siput, Perak yang menyediakan kemudahan penginapan dan perubatan. Di samping itu, pembangunan infrastruktur sosial masyarakat Orang Asli akan diberi tumpuan, termasuk program bantuan rumah, penempatan tersusun, menjana pendapatan dan latihan. Lebih 32,000 Orang Asli dijangka mendapat manfaat daripada program ini.
Membantu Golongan Kurang Bernasib Baik
Pada masa ini, bagi menggalakkan orang kurang upaya (OKU) bekerja, kerajaan menyediakan elaun bulanan RM300 kepada mereka. Menyedari ada di antara OKU yang tidak berupaya bekerja, kerajaan akan memberi elaun RM150 sebulan kepada mereka. Di samping itu, elaun murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah daripada RM50 kepada RM150, sementara bayaran insentif RM200 sebulan disediakan untuk pembantu guru di sekolah berkenaan.
Meningkatkan Program Perumahan
Dalam tempoh 2004 hingga 2008, lebih 100,000 unit rumah kos rendah telah dibina oleh pelbagai agensi kerajaan di seluruh negara. Bagi tahun 2009, peruntukan RM330 juta disediakan kepada Jabatan Perumahan Negara untuk menyiapkan hampir 4,400 unit Program Perumahan Rakyat (PPR) disewa, 1,500 unit PPR bersepadu dan 600 unit PPR dimiliki. Di samping itu, Syarikat Perumahan Negara Berhad akan membina 33,000 rumah kos rendah.
Melonggarkan Syarat Pinjaman Perumahan Kerajaan
Untuk membolehkan anggota perkhidmatan awam memiliki rumah, kerajaan bersetuju untuk menambah baik syarat pinjaman perumahan anggota perkhidmatan awam. Ke arah ini, kerajaan akan:
Pertama: Melanjutkan tempoh pinjaman perumahan daripada 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru;
Kedua: Memberi kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubah suai ke atas rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan; dan
Ketiga: Membuka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini, panel insurans adalah terhad kepada lima syarikat.
Mengurangkan Kos Memiliki Rumah
Pada masa ini, pembeli rumah kos rendah diberi pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas semua surat cara, termasuk surat cara perjanjian pinjaman. Manakala, pembeli rumah kos sederhana pada harga sehingga RM250,000 hanya diberi pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara pindah milik sahaja. Bagi mengurangkan kos membeli rumah kos sederhana, kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem 50 peratus diberikan juga ke atas surat cara perjanjian pinjaman kepada pembeli rumah kos sederhana.
Memperluaskan Skim Jaminan Kredit Perumahan
Dalam Bajet 2008, saya telah mengumumkan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bagi membantu golongan tidak berpendapatan tetap untuk memiliki rumah mampu milik. Melalui skim ini, peminjam boleh mendapatkan pinjaman perumahan daripada Bank Simpanan Nasional dan Bank Islam Malaysia Berhad untuk membeli rumah kos rendah dan sederhana rendah. Peruntukan dana RM50 juta telah disediakan untuk menjayakan skim ini. Sehingga kini, hampir 500 permohonan bernilai RM20 juta telah diluluskan. Mulai Julai 2008, kerajaan telah memperluaskan skim ini kepada semua institusi kewangan tempatan. Di samping itu, dana skim ini juga akan ditambah kepada RM100 juta. Dengan tambahan ini, SJKP akan berupaya menjamin pinjaman bernilai RM2 bilion yang akan dapat memberi kemudahan pinjaman perumahan kepada 40,000 peminjam.
Menggalakkan Tanggungjawab Sosial Korporat
Dalam Bajet 2008, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Program Amal Jariah dengan menyediakan dana RM50 juta bagi membaik pulih rumah usang rakyat miskin tegar di seluruh negara. Sehingga kini, 4,600 buah rumah telah dibaik pulih dengan anggaran kos RM24 juta. Bagi tahun 2008, bilangan rumah yang akan dibaik pulih dijangka sebanyak 8,400 buah.
Untuk meneruskan program ini, kerajaan menyeru syarikat swasta untuk menyumbang kepada dana ini sebagai menyokong aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR), supaya lebih ramai rakyat miskin mendapat manfaat daripada program ini. Untuk ini, kerajaan akan menyediakan geran sepadan RM1 bagi setiap RM1 yang dibelanjakan oleh sektor swasta untuk program ini. Sebagai permulaan, RM100 juta disediakan untuk tujuan ini. Dianggarkan 30,000 rumah usang akan dapat dibaik pulih melalui kaedah ini.
Pada masa ini, potongan cukai diberi kepada sumbangan syarikat bagi projek komuniti dalam bidang pendidikan, kesihatan, perumahan, infrastruktur serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Bagi memantapkan lagi budaya tanggungjawab sosial korporat, kerajaan mencadangkan skop projek komuniti yang layak mendapat potongan cukai diperluaskan kepada projek berkaitan peningkatan pendapatan golongan miskin serta pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Di samping itu, bagi syarikat yang memberi sumbangan kepada badan amal, kerajaan mencadangkan had potongan cukai ditingkatkan daripada tujuh peratus kepada 10 peratus daripada pendapatan.
Malaysia merupakan antara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dunia. Bagi meningkatkan penerimaan minyak kelapa sawit di peringkat global, kemantapan tanggungjawab sosial dan alam sekitar dalam amalan perniagaan perlu dibuktikan. Sehubungan itu, kerajaan menyokong sepenuhnya inisiatif perladangan kelapa sawit untuk memperolehi pensijilan Roundtable for Sustainable Palm Oil (RSPO). Bagi membantu usaha ke arah pengeluaran minyak kelapa sawit yang lebih mapan, kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta untuk menubuhkan Dana RSPO. Dana ini akan menyediakan geran untuk menyokong program komuniti seperti menambah baik sekolah di kawasan ladang dan program pemuliharaan seperti meningkatkan biodiversiti di kawasan ladang.
Memantapkan Perkhidmatan Kesihatan
Perkhidmatan kesihatan secara percuma akan terus disediakan kepada rakyat. Peruntukan RM13.7 bilion disediakan pada tahun 2009 untuk tujuan meningkatkan kemudahan dan peralatan kesihatan, menambah bekalan ubat, membangunkan sumber manusia, menggiatkan aktiviti penyelidikan dan meningkatkan penguatkuasaan, di samping pembinaan hospital, klinik dan kuarters.
Selaras dengan langkah kerajaan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan membendung gejala sosial akibat merokok, terutamanya di kalangan remaja dan pelajar, adalah dicadangkan duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak tiga sen sebatang daripada 15 sen sebatang kepada 18 sen sebatang. Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.
Untuk mengekalkan perkhidmatan pakar perubatan sektor awam, kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan, yang melibatkan 3,800 orang pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta.
Kerajaan juga bersetuju untuk meningkatkan kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak. Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan daripada RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik dan bagi jururawat daripada RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.
Menambah Kemudahan Awam
Kemudahan prasarana dapat meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat desa dan luar bandar. Bajet 2009 menyediakan peruntukan RM1.8 bilion untuk menambah kemudahan asas dan infrastruktur di luar bandar. Daripada jumlah ini, lebih RM1 bilion akan disalurkan untuk melaksanakan projek jalan luar bandar sepanjang 480 kilometer dan jalan kampung sepanjang 1,300 kilometer. Sebanyak RM280 juta disediakan bagi bekalan air luar bandar dengan sasaran 30,000 buah rumah, RM350 juta untuk bekalan elektrik luar bandar dengan sasaran 3,600 buah rumah, dan RM65 juta disediakan untuk melaksanakan 11,700 buah projek kemudahan awam di luar bandar.
Kerajaan akan mempergiatkan usaha untuk membangunkan Sabah dan Sarawak. Bagi negeri Sabah, peruntukan hampir RM3 bilion disediakan untuk melaksanakan projek infrastruktur, termasuk 266 kilometer jalan persekutuan dan jalan luar bandar yang akan memanfaatkan lebih 550,000 penduduk setempat. Antara projek utama, termasuk membina jalan dari Jeroco-Lahad Datu fasa dua, menaik taraf dan membaiki jalan Sandakan ke Telupid, menaik taraf jalan Ranau ke Tambunan fasa dua, membina jambatan Semporna–Pulau Bum-Bum, mengganti jambatan usang di kawasan pedalaman Sabah, projek kemudahan pelancongan dan ekopelancongan, kemudahan hospital dan kesihatan luar bandar serta Program Perumahan Rakyat Disewa.
Bagi negeri Sarawak, peruntukan RM3.3 bilion disediakan untuk pelbagai projek, termasuk pembinaan 230 kilometer jalan persekutuan dan jalan luar bandar yang akan memanfaatkan lebih 350,000 penduduk setempat. Antara projek utama yang akan dilaksanakan adalah pembinaan Jalan Penghubung ke Pusat Pentadbiran Persekutuan Baru Sarawak, Jalan Nanga Buai ke Ulu Sepak, Betong, Jalan Awat-Awat ke Kuala Lawas, Jalan Tanjong Assam ke Saribas, Empangan Bengoh Kuching, Sistem Pengurusan Air Sisa secara bersepadu di Bandaraya Kuching, Program Perumahan Rakyat Disewa, projek kemudahan pelancongan dan ekopelancongan serta kemudahan hospital dan kesihatan luar bandar.
Strategi Kedua: Membangunkan Modal Insan Berkualiti
Program ke arah membangunkan modal insan berkualiti lagi seimbang dari segi jasmani, rohani dan intelek akan terus dilaksanakan. Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja terlatih lagi berdaya saing, baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Sejumlah RM47.7 bilion yang merupakan 23 peratus daripada bajet 2009, diperuntukkan untuk pendidikan dan latihan.
Mempertingkatkan Program Latihan dan Kemahiran
Sejumlah RM2.4 bilion diperuntukkan bagi mempertingkatkan kemudahan serta menjalankan program latihan dan kemahiran. Daripada jumlah tersebut, RM150 juta diperuntukkan bagi menaik taraf 13 buah politeknik sedia ada dan 15 buah kolej komuniti serta cawangan kolej komuniti. Jumlah enrolmen dijangka mencecah 120,000 pelajar berbanding 112,000 pada masa ini.
Sejumlah RM200 juta diperuntukkan kepada Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) sedia ada serta bagi membina sebuah ILP di Marang dan sebuah ADTEC di Taiping. Sejumlah RM360 juta disediakan bagi membiayai projek Institut Kemahiran MARA dan Institut Kemahiran Tinggi MARA, projek Kolej Pelajaran Mara dan projek Giat MARA. Bagi membantu pelatih Giat MARA, elaun bulanan akan dinaikkan daripada RM100 kepada RM200.
Dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan, kerajaan akan menambah bilangan jururawat di hospital kerajaan. Peruntukan RM70 juta disediakan pada tahun 2009 untuk melatih 5,600 jururawat di institusi latihan kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia, termasuk 2,000 pelatih di institusi latihan swasta yang diiktiraf. Selain itu, untuk menampung kekurangan jururawat, graduan dalam bidang sains yang berkaitan juga akan diberi peluang kerjaya untuk mengikuti latihan diploma kejururawatan selama satu setengah tahun, berbanding dengan biasanya tiga tahun. Di samping itu, untuk menambah baik kemahiran dan kualiti perkhidmatan jururawat, semua jawatan penolong jururawat akan dinaikkan taraf kepada jawatan jururawat masyarakat, selepas mengikuti kursus kejururawatan selama enam bulan.
Untuk menyokong pembangunan pusat pelancongan kesihatan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara, kerajaan akan menyediakan geran pelancaran RM30 juta untuk mewujudkan pusat latihan jururawat tidak bermotifkan keuntungan. Ini bertujuan mempertingkatkan kebolehan dan kemahiran jururawat dan perkhidmatan berkaitan untuk menampung permintaan pasaran yang semakin tinggi untuk jururawat berkepakaran khusus.
Lembaga Kemajuan Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) seharusnya mengambil langkah untuk melatih lebih ramai pekerja dalam bidang pembinaan. Untuk tujuan ini, saya telah mengarahkan CIDB untuk menyediakan sekurang-kurangnya 100,000 peluang latihan industri pembinaan dalam bidang teknikal, termasuk pengimpalan, pengurusan dan keselamatan pada tahun 2009. Di samping itu, semua pekerja binaan digalakkan mendapat pengiktirafan kemahiran melalui kaedah akreditasi dan latihan kemahiran yang dikendalikan oleh CIDB. Kos akreditasi dan latihan kemahiran bagi pekerja tempatan akan ditanggung oleh CIDB.
Meningkatkan Kualiti Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia diperuntukkan RM31 bilion, untuk menyediakan pendidikan bagi manfaat 5.8 juta pelajar. Sejumlah RM1.6 bilion disediakan bagi membiayai perluasan program sedia ada, iaitu pertambahan perjawatan berikutan pembukaan 26 buah sekolah rendah dan 41 buah sekolah menengah yang baru dan pertambahan perbelanjaan untuk penyelenggaraan, bantuan makanan, biasiswa, geran per kapita dan peralatan baru.
Sejumlah 110 buah sekolah rendah dan 181 buah sekolah menengah baru akan dibina bagi mengatasi masalah kekurangan sekolah dan menggantikan sekolah-sekolah yang telah usang. Di samping itu, RM615 juta disediakan untuk penyelenggaraan sekolah dan asrama bagi memastikan semua sekolah berada dalam keadaan bersih dan selamat. Peruntukan penyelenggaraan ini tidak boleh dipindahkan bagi tujuan lain.
Bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di peringkat pengajian tinggi, peruntukan RM14.1 bilion disediakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Daripada jumlah ini, RM8 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus Institusi Pengajian Tinggi Awam, RM627 juta kepada Politeknik dan Kolej Komuniti serta RM37 juta kepada Agensi Kelayakan Malaysia. Sebanyak RM4.4 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan, termasuk pembinaan kemudahan klinikal dan bangunan fakulti perubatan serta menyediakan latihan penyelidikan.
Memperluaskan Program Pintar
Kerajaan mengalu-alukan sumbangan sektor swasta untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan. Dalam hubungan ini, program PINTAR yang melibatkan pengambilan sekolah angkat oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah dilancarkan pada tahun 2006. Program ini merupakan salah satu daripada inisiatif di bawah program transformasi GLC yang telah berjaya melibatkan 23 syarikat GLC dan anak syarikatnya serta memberi manfaat kepada 152 buah sekolah di seluruh negara, termasuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Antara pencapaian PINTAR termasuklah peningkatan dalam kadar kelulusan purata murid sekolah serta penambahan bilangan pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Program PINTAR akan diperluaskan kepada penyertaan syarikat swasta bukan GLC dengan sasaran 480 buah sekolah di seluruh negara menjelang tahun 2012. Keutamaan akan diberi kepada sekolah di Sabah dan Sarawak. Untuk melaksanakan program PINTAR secara bersepadu dan lebih meluas, kerajaan akan menubuhkan Yayasan PINTAR dengan peruntukan RM20 juta sebagai geran pelancaran.
Memupuk Budaya Kecemerlangan
Untuk meningkatkan lagi daya tahan dan daya saing negara, adalah penting kita memupuk budaya kecemerlangan dan berprestasi tinggi di semua lapisan tenaga kerja di sektor awam dan swasta. Ke arah ini, pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama telah dimulakan di dalam sektor perkhidmatan awam dan juga di bawah Program Transformasi GLC, dengan memberi keutamaan kepada sistem ganjaran berasaskan prestasi bagi semua tenaga kerja.
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk meneruskan agenda ekonomi berasaskan pengetahuan, adalah penting untuk memastikan lebih ramai tenaga pekerja mahir berkhidmat di negara ini dan untuk membendung brain drain rakyat Malaysia. Sebagai salah satu langkah untuk menjadikan kadar cukai individu kompetitif dan menarik kepada golongan ini, kerajaan mencadangkan supaya kadar cukai individu maksimum diturunkan dari 28 peratus kepada 27 peratus, mulai tahun taksiran 2009.
Di samping itu, kadar cukai marginal sebanyak 13 peratus akan dikurangkan kepada 12 peratus, yang akan memanfaatkan golongan berpendapatan sederhana. Pengurangan ini dan peningkatan dalam pemberian rebat yang saya umumkan tadi akan memanfaatkan semua pembayar cukai.
Kerajaan mengalu-alukan inisiatif pihak majikan swasta mengiktiraf sumbangan pekerja yang cemerlang dan berprestasi tinggi. Untuk ini, kerajaan mencadangkan supaya pengecualian cukai ke atas anugerah perkhidmatan cemerlang diperluaskan kepada semua anugerah berkaitan dengan inovasi dan produktiviti.
Memandangkan modal insan merupakan penyumbang utama dalam meningkatkan daya saing syarikat, majikan seharusnya berusaha mendapatkan tenaga kerja terbaik. Oleh itu, kerajaan mencadangkan bayaran kepada agensi pekerjaan dan penyertaan dalam ekspo kerjaya, dibenarkan sebagai potongan cukai.
Strategi Ketiga: Memperkukuhkan Daya Tahan Negara
Sungguhpun ekonomi global dijangka berkembang sederhana, pertumbuhan di rantau ini kekal kukuh, terutamanya di China dan India. Daya tahan di rantau ini memberi peluang untuk pertumbuhan beberapa sektor dalam ekonomi negara, seperti berikut:
Pertama: Perkhidmatan serantau seperti kewangan islam, proses perniagaan penyumberan luar, pelancongan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan berkaitan penerbangan;
Kedua: Industri berasaskan sumber, terutamanya petroleum dan minyak kelapa sawit; dan
Ketiga: Industri pembuatan nilai ditambah tinggi, seperti elektronik dan bioteknologi.
Malaysia telah membuktikan daya saing dalam sektor-sektor ini berasaskan keupayaan modal insannya. Kecemerlangan golongan profesional kita diiktiraf di peringkat antarabangsa sehingga ramai antara mereka kini bekerja di serata dunia. Kecemerlangan golongan profesional kita harus digilap lagi. Untuk ini, kita perlu melatih lebih ramai golongan profesional dan meningkatkan kemahiran mereka.
Sehubungan itu, kerajaan telah pun memberi potongan cukai dua kali bagi latihan terpilih yang dianjurkan oleh INCEIF di dalam Kewangan Islam. Kerajaan mencadangkan untuk memperluaskan potongan cukai dua kali kepada majikan yang menaja pekerja mereka mengikuti pengajian lepasan ijazah dalam bidang seperti ICT, elektronik dan sains hayat. Pengecualian cukai pegangan juga akan diberikan kepada pakar bukan pemastautin yang menyediakan perkhidmatan latihan teknikal dalam bidang tersebut.
Persekitaran Kondusif Bagi Pelaburan Swasta
Kerajaan akan terus menggalakkan aktiviti sektor swasta dengan menyediakan persekitaran yang kondusif. Ini termasuk usaha memastikan pelabur asing terus memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan. Pada tahun 2007, kemasukan pelaburan langsung asing ialah 5.2 peratus daripada KDNK berbanding dua peratus bagi negara China dan 1.3 peratus bagi negara India. Malaysia masih mampu menarik pelaburan asing ke dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam sektor minyak dan gas serta pembuatan. Untuk menggalakkan lagi sektor swasta melabur, kerajaan mencadangkan group relief ditambah baik dengan membenarkan kadar kerugian yang boleh ditolak ditingkatkan daripada 50 peratus kepada 70 peratus.
Penggunaan ICT dalam perniagaan merupakan satu keperluan asas untuk kekal berdaya saing. Walau bagaimanapun, penggunaan ICT memerlukan perbelanjaan yang agak besar oleh syarikat, terutamanya PKS, untuk mengganti dan menaik taraf peralatan ICT. Oleh itu, bagi menggalakkan sektor swasta melabur dalam peralatan ICT yang terkini, kerajaan mencadangkan perbelanjaan ke atas peralatan ICT yang kini diberikan elaun modal dipercepatkan yang layak dituntut sepenuhnya dalam tempoh dua tahun dipercepatkan kepada satu tahun.
Untuk memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik di rantau ini, terutamanya di kalangan syarikat multinasional, rangka percukaian harus telus dan mesra perniagaan. Untuk memberi lebih kepastian mengenai transfer pricing, kerajaan akan mewujudkan mekanisme Penentuan Harga Awal. Mekanisme ini telah banyak diamalkan oleh negara-negara maju dan didapati telah berjaya menangani isu transfer pricing dengan lebih cekap dan berkesan.
Peningkatan kecekapan operasi pelabuhan adalah penting bagi menyokong pertumbuhan perdagangan antarabangsa negara. Untuk ini, kerajaan mencadang memansuhkan larangan import bagi kren di pelabuhan, manakala kadar duti import dikurangkan daripada 20 peratus kepada lima peratus.
Mempergiatkan Pembangunan Koridor Pertumbuhan
Kerajaan komited kepada inisiatif koridor pertumbuhan wilayah ke arah pembangunan sosioekonomi yang lebih seimbang. Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk membuka lebih banyak peluang pelaburan, pekerjaan dan keusahawanan agar pendapatan rakyat dapat ditingkatkan secara mapan. Setakat ini, kelima-lima koridor pembangunan telah dilancarkan dan inisiatif seperti mana yang telah direncanakan di dalam pelan induk pembangunan masing-masing telah mula dilaksanakan. Koridor tersebut adalah Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Pembangunan Sabah dan Koridor Tenaga Diperbaharu Sarawak. Di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, siling tambahan RM10 bilion telah diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan koridor-koridor tersebut. Sebanyak RM6 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2009.
Untuk mengukuhkan pelaburan swasta di Iskandar Malaysia, peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan awam, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif. Perkongsian ini merupakan satu kaedah di mana sektor swasta menanggung sepenuhnya risiko projek, sementara kerajaan memberi bantuan untuk memastikan projek ini berdaya maju. Sebagai contoh, di dalam bidang kesihatan, sektor swasta membina hospital manakala kerajaan membantu pengusaha tersebut dengan menaja pesakit yang layak dibiayai oleh kerajaan ke hospital tersebut.
Bagi memenuhi permintaan yang akan wujud dari pertumbuhan perniagaan, Iskandar Malaysia akan membangunkan sistem pengangkutan awam bersepadu. Sebagai permulaan, usaha ini akan ditumpukan kepada menambah baik perkhidmatan bas melalui kerjasama dengan pengusaha bas sedia ada. Di bidang perkhidmatan kesihatan, pusat kecemerlangan pengajian dan penyelidikan pasca ijazah akan ditubuhkan dengan kerjasama hospital swasta. Iskandar Malaysia akan menubuhkan sekolah tidak bermotifkan keuntungan secara perintis. Pengambilan pelajar sekolah ini akan terdiri daripada pelajar tajaan kerajaan dan persendirian. Selain itu, dana akan disediakan untuk membangunkan kluster industri kreatif di Iskandar Malaysia ke arah mengukuhkan bakat kreatif tempatan.
Antara program yang sedang dilaksanakan di Koridor Pantai Timur adalah projek agropolitan di selatan Kelantan, Besut-Setiu dan Pekan, termasuk membangunkan produk kenaf. Bagi membolehkan penduduk tempatan mendapat manfaat daripada sumber petroleum di Terengganu, industri hiliran, seperti Kluster Industri Plastik Kertih akan dimajukan. Begitu juga, Koridor Sarawak akan memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga hidro dan arang batu serta industri hiliran petroleum dan gas.
Untuk mencapai sepenuhnya potensi sektor pertanian di dalam Koridor Utara, beberapa projek sedang dilaksanakan, termasuk projek ternakan lembu daging menggunakan sistem fidlot di Tobiar, Laka Temin dan Chuping serta program membangunkan 3,000 hektar kawasan sawah. Di Koridor Sabah, projek kelompok industri berasaskan kelapa sawit di Lahad Datu dan pusat bersepadu ternakan Keningau sedang dilaksanakan.
Mempromosikan Pelancongan
Dalam konteks pembangunan koridor di Sabah dan Sarawak, kerajaan mencadangkan pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak diberi galakan Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun.
Pada Julai 2008, UNESCO telah mengisytiharkan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia kerana gaya hidup, sejarah, seni bina dan kepelbagaian budayanya. Ini adalah satu pengiktirafan daripada masyarakat sedunia di atas kekayaan dan kepelbagaian warisan budaya kita. Untuk menyokong inisiatif pemuliharaan tapak warisan tersebut, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Melaka dan Pulau Pinang. Aktiviti ini akan dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta.
Galakan Untuk Syarikat Modal Teroka
Terdapat banyak projek sektor swasta yang berinovatif dan berpotensi tinggi yang boleh dilaksanakan tetapi menghadapi masalah mendapatkan sumber pembiayaan berikutan risiko yang tinggi. Sumber pembiayaan konvensional, seperti pinjaman bank dan sekuriti hutang swasta, mungkin tidak begitu sesuai membiayai projek ini. Bagi menggalakkan lebih banyak pelaburan oleh dana modal teroka dan ekuiti swasta, kerajaan mencadangkan supaya syarikat modal teroka yang melaburkan dana sekurang-kurangnya 30 peratus dalam bentuk start up, early stage financing atau seed capital diberi pengecualian cukai selama lima tahun.
Memajukan Sektor Maritim
Sebagai sebuah negara perdagangan, perkembangan industri perkapalan tempatan terus digalakkan bertujuan memastikan lebih banyak syarikat kapal tempatan terlibat dalam pengangkutan barangan perdagangan negara. Dua dana berjumlah RM2.3 bilion telah ditubuhkan di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad, iaitu Malaysian Shipping Finance Fund dan New Shipping Finance Facility bagi tujuan membiayai pembelian kapal. Dana-dana ini telah berjaya digunakan sepenuhnya di mana 68 buah syarikat perkapalan dan lapan limbungan kapal mendapat pembiayaan. Oleh itu, satu dana baru berjumlah RM2 bilion akan disediakan untuk membiayai pembelian kapal dan juga menaik taraf limbungan kapal.
Mempergiatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berperanan penting dalam pertumbuhan ekonomi. Untuk meningkatkan lagi peranan PKS, kerajaan telah mengumumkan dua dana baru berjumlah RM1.2 bilion yang dibiayai oleh Bank Negara Malaysia. Dana ini bertujuan untuk membantu PKS memodenkan operasi mereka, terutamanya bagi pembelian atau penambahbaikan mesin dan peralatan serta mengurangkan kesan kenaikan kos. Bagi terus memantapkan lagi sokongan kepada PKS, kerajaan mencadangkan semua aset dalam bentuk loji dan mesin yang diperolehi dalam tahun taksiran 2009 dan 2010 diberikan Elaun Modal Dipercepatkan yang layak dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun. Di samping itu, PKS juga dibenarkan menuntut elaun modal sepenuhnya dalam tempoh satu tahun ke atas semua aset bernilai kecil mereka.
Pelan Tenaga Negara
Kejayaan industri petroleum negara telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan sosioekonomi negara. Petronas telah memberi sumbangan kewangan yang besar kepada kerajaan dalam bentuk royalti, cukai, duti dan dividen. Semua sumbangan ini telah membolehkan kerajaan membangunkan infrastruktur dan menyediakan kemudahan pendidikan dan kesihatan yang lebih baik.
Walaupun industri petroleum negara telah mencapai kejayaan yang membanggakan, kita tidak seharusnya lupa bahawa sumber minyak dan gas negara adalah kecil, semakin berkurangan dan terhad. Walaupun usaha mencari sumber rizab baru sedang diteruskan dan telah menemui kejayaan yang amat baik, kita mesti menerima hakikat bahawa sumber ini bakal habis dan apabila berlaku, ia akan mendatangkan kesan yang besar ke atas ekonomi negara.
Kita mesti mencari penyelesaian baru untuk memastikan keperluan bekalan tenaga jangka panjang negara tetap terjamin. Oleh yang demikian, kita perlu melipatgandakan usaha mempertingkatkan keberkesanan penggunaan tenaga untuk memastikan penggunaan yang lebih produktif dan berhemah. Dalam usaha yang sama, kita perlu meningkatkan usaha menggalakkan penggunaan sumber tenaga alternatif seperti solar, angin dan biofuels, di samping menerokai sumber tenaga nuklear. Kerajaan kini merangka pelan tenaga negara yang komprehensif untuk menangani cabaran-cabaran ini dan menghasilkan rangka serta arah tuju jangka panjang yang jelas ke arah suatu polisi tenaga yang mapan.
Bagi menangani harga bahan api fosil yang tidak menentu, beberapa langkah telah diambil untuk mempelbagaikan sumber tenaga dan menjimatkan penggunaan tenaga. Pada masa ini, pelbagai galakan telah disediakan bagi meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga. Ke arah ini, kerajaan mencadangkan pengecualian cukai, seperti berikut:
Pertama: Duti import dan cukai jualan ke atas peralatan sistem solar photovoltaic;
Kedua: Duti import dan cukai jualan ke atas barangan perantaraan, seperti High Efficiency Motors dan insulation materials;
Ketiga: Cukai jualan ke atas peralatan sistem pemanasan solar keluaran tempatan;
Keempat: Cukai jualan ke atas barangan pengguna keluaran tempatan yang menjimatkan tenaga, seperti peti sejuk, alat penyaman udara, lampu, kipas angin dan televisyen; dan
Kelima: Duti import 100 peratus dan duti eksais 50 peratus kepada pemegang francais yang mengimport kereta hibrid CBU baru yang berkapasiti enjin di bawah 2,000 c.c. Pengecualian ini adalah bagi tempoh dua tahun sebagai persediaan untuk mereka memasangnya dalam negara.
Merancakkan Pasaran Modal
Pasaran modal negara telah mencapai pertumbuhan yang membanggakan, dan kini, merupakan antara pasaran modal terbesar di rantau ini. Kemajuan yang telah dicapai bukan sahaja dari segi meningkatkan lagi saiz pasaran, tetapi juga dari segi usaha untuk membangunkan produk baru dan berinovatif untuk memenuhi keperluan dan pilihan pelabur tempatan dan luar negara.
Untuk mengukuhkan lagi pasaran modal negara dan memudahkan syarikat perantara domestik, seperti penasihat korporat utama, mengembangkan perniagaan antarabangsa mereka, kerajaan mencadangkan pengecualian cukai ke atas pendapatan fi yang diterima oleh syarikat perantara domestik yang berjaya menarik penyenaraian syarikat dan produk pelaburan asing di Bursa Malaysia. Langkah ini juga akan membolehkan pelabur tempatan memperoleh saham syarikat asing yang disenaraikan di bursa tempatan.
Untuk meningkatkan kedudukan negara sebagai satu hab pasaran modal Islam, kerajaan mencadangkan pengecualian cukai diberi selama tiga tahun bagi pendapatan fi dan keuntungan yang diterima oleh institusi yang menjalankan urus niaga sukuk bukan ringgit yang diterbitkan di Malaysia dan diagihkan di luar Malaysia.
Selain itu, untuk menggalakkan usaha mempelbagaikan lagi produk dan menarik lebih ramai pelabur asing ke pasaran modal negara, kadar cukai ke atas dividen daripada Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) yang diterima oleh pelabur institusi asing yang kini dikenakan cukai pada kadar 20 peratus dikurangkan kepada sepuluh peratus. Menyedari bahawa REIT merupakan produk pelaburan yang menarik bagi individu, kerajaan mencadangkan pengurangan cukai daripada 15 peratus kepada sepuluh peratus.
Menjamin Keselamatan Awam
Negara yang aman dan harmoni membolehkan rakyat hidup dalam suasana selamat, membolehkan urusan harian berjalan lancar serta meningkatkan keyakinan peniaga dan pelabur. Ketenteraman awam dan keselamatan negara tidak boleh dikompromi. Bajet 2009 menyediakan peruntukan RM5.4 bilion bagi meningkatkan keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Daripada jumlah ini, RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta bagi belanja pembangunan.
Sebanyak 162 buah balai polis dan pondok polis telah diwujudkan dalam tahun 2008 di kawasan yang mencatatkan kejadian jenayah yang tinggi, iaitu di Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan warga dan negara, RM220 juta diperuntukkan dalam tahun 2009 bagi pembinaan ibu pejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.
Dalam tempoh 2008 hingga 2010, seramai 22,800 konstabel dan 3,000 inspektor akan dilantik. Di samping itu, elaun bayaran insentif khas anggota PDRM ditingkatkan daripada RM100 kepada RM200 sebulan, mulai 1 Januari 2009.
Kerajaan telah pun memberi galakan cukai ke atas pemasangan alat kawalan keselamatan di premis kilang dan alat pengesan kenderaan bagi meningkatkan keselamatan barangan. Kerajaan mencadangkan supaya semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan diberi Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.
Menghargai Perkhidmatan Awam
Kerajaan menghargai peningkatan produktiviti dan sumbangan kakitangan sektor awam kepada pembangunan negara. Kerajaan bersetuju untuk memberi bonus bersamaan sebulan gaji dengan minimum RM1,000 bagi tahun 2008. Bonus ini akan diberi dalam dua bayaran, iaitu pada bulan September dan Disember 2008.
Peruntukan Bajet 2009
Kedudukan fiskal Kerajaan Persekutuan bertambah kukuh semenjak tujuh tahun yang lalu, dengan defisit keseluruhan berjaya dikurangkan daripada 5.5 peratus daripada KDNK pada tahun 2000 kepada 3.2 peratus pada tahun 2007. Kejayaan mengurangkan defisit ini telah memberi lebih fleksibiliti kepada dasar fiskal kerajaan, terutamanya ketika negara menghadapi cabaran persekitaran ekonomi global yang tidak menentu serta peningkatan harga barangan.
Pengurangan tahap defisit sejak tujuh tahun lalu telah memberi ruang kepada kerajaan untuk melaksanakan langkah tambahan bagi mengurangkan impak peningkatan harga ke atas rakyat. Langkah ini telah melibatkan perbelanjaan tambahan RM22.1 bilion pada tahun ini, termasuk RM17 bilion bagi subsidi minyak dan RM3.6 bilion bagi subsidi makanan. Selain daripada ini, beberapa sektor utama telah diberi tambahan peruntukan sejumlah RM1.5 bilion, terutamanya pendidikan, kesihatan, kebajikan dan keselamatan dalam negeri.
Setelah mengambil kira hasil sebanyak RM161.6 bilion dan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM196.9 bilion, defisit fiskal dianggar meningkat kepada 4.8 peratus pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, kerajaan percaya defisit fiskal yang tinggi ini merupakan keperluan one-off dan kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 3.6 peratus pada tahun 2009.
Dengan strategi dan program yang telah saya bentangkan, saya mencadangkan, sejumlah RM207.9 bilion diperuntukkan bagi bajet 2009, iaitu 5.1 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan dipinda tahun 2008. Daripada jumlah ini, RM154.2 bilion adalah bagi peruntukan mengurus, manakala RM53.7 bilion disediakan bagi peruntukan pembangunan.
Di bawah Peruntukan Mengurus, RM86.3 bilion ringgit atau 56.6 peratus adalah bagi Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, RM38 bilion untuk Emolumen, RM26.5 bilion bagi Perkhidmatan dan Bekalan, RM2.4 bilion untuk Pembelian Aset dan RM1 bilion untuk perbelanjaan lain.
Bagi Peruntukan Pembangunan, bahagian terbesar RM27.8 bilion ialah untuk sektor ekonomi yang terdiri daripada sektor pertanian, perindustrian dan infrastruktur. Sejumlah RM17.8 bilion diperuntukkan kepada sektor sosial iaitu pendidikan, kesihatan dan perumahan. Sektor keselamatan menerima RM4.1 bilion dan pentadbiran RM2.1 bilion, manakala bakinya RM2 bilion adalah untuk simpanan luar jangka.
Prospek Ekonomi Tahun 2009
Pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2009 dijangka berkembang pada kadar 5.4 peratus. Pertumbuhan ini didorong oleh permintaan dalam negeri, dengan penggunaan dan pelaburan swasta meningkat sebanyak 6.5 peratus dan 5.8 peratus. Pertumbuhan juga dijangka lebih menyeluruh dengan sumbangan positif dari semua sektor ekonomi. Sumber pertumbuhan ekonomi dijangka masih diterajui oleh sektor perkhidmatan yang dijangka berkembang pada kadar 6.9 peratus. Pertumbuhan ini didorong oleh kerancakan industri pelancongan, pengangkutan, kewangan dan perbankan serta industri berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi. Perdagangan luar negara akan terus mantap dengan eksport berkembang 4.6 peratus.
Pendapatan per kapita diunjurkan meningkat 8.1 peratus kepada RM27,900 dan dari segi pariti kuasa beli bersamaan AS$17,600. Kadar inflasi dijangka lebih sederhana, berikutan pelaksanaan pelbagai langkah kerajaan untuk membendung kenaikan harga.
Penutup
Pembentangan Bajet 2009 membuktikan sekali lagi bahawa kerajaan Barisan Nasional sentiasa mendengar rintihan rakyat dan bertindak untuk meringankan beban setiap lapisan masyarakat, khususnya golongan berpendapatan rendah. Bajet ini juga selaras dengan perancangan jangka masa sederhana yang termaktub dalam Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan untuk terus membangunkan negara ke arah Wawasan 2020.
Kerajaan Barisan Nasional akan terus mentadbir ekonomi negara dengan penuh beramanah tanpa membuat janji-janji populis seperti yang dicanangkan oleh pembangkang yang boleh memusnahkan kedudukan kewangan kerajaan dan mewariskan negara yang muflis pada generasi muda.
Sesungguhnya, kestabilan politik negara wajib dipelihara secara bersama. Badan-badan politik, badan bukan kerajaan, sektor swasta dan media mempunyai tanggungjawab bersama membina sebuah negara yang aman, damai, teguh lagi bersatu. Rakyat tidak akan dimakmurkan dan negara tidak dapat dibangunkan hanya dengan retorik politik. Budaya berpolitik yang keterlaluan merugikan setiap kita, malah menjejaskan kemakmuran negara.
Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional yang diberi mandat oleh rakyat pada bulan Mac lalu akan terus memelihara kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran ekonomi negara. Usaha pihak tertentu yang cuba menggugat kestabilan ini, dengan merampas kuasa secara tidak sah tanpa mandat majoriti rakyat, perlu ditolak. Kita tidak boleh membenarkan ketidakpastian yang timbul untuk berterusan. Sedikit sebanyak ia akan memberi kesan negatif kepada pelabur asing, sentimen ekonomi dan juga pasaran modal. Saya tidak akan membenarkan gangguan ini diteruskan. Saya tidak akan membenarkan mandat rakyat dirampas daripada parti Barisan Nasional yang telah menang majoriti pilihan raya umum secara sah dan mengikut lunas demokrasi. Saya yakin rakyat akan terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan tugas-tugas mentadbir negara. We need to get on with the business of governing and not waste any more time with opportunistic threats to seize the people’s mandate through undemocratic means, dengan izin.
Keamanan dan kemakmuran negara adalah tanggungjawab bersama. Untuk ini, kerajaan memerlukan persefahaman dan peranan konstruktif semua lapisan masyarakat, termasuk mereka yang berbeza fahaman politik. Marilah kita bersama, dalam semangat satu bangsa satu negara, membangunkan tanah air tercinta ini serta mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Marilah kita bersatu membina sebuah negara-bangsa yang terus gemilang.
Semoga Allah SWT sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita. Semoga kebenaran mengatasi kepalsuan. Semoga negara kita dikekalkan aman sejahtera, dilimpahkan kemakmuran dan kebahagiaan. Semoga anak cucu kita dapat mewarisi sebuah negara yang aman lagi makmur. Semoga rakyat hidup bersatu dan maju.

Saturday, August 23, 2008

GUS DUR SHOULDN'T ABUSE HOSPITALITY



By John Teo

FORMER Indonesian president Abdurrahman Wahid parlayed his credentials as a highly regarded Islamic teacher into high office before getting his presidency unceremoniously cut short and suffering the ignominy of becoming the first head of state to be impeached in his country.

After his high-wire political act, the man many know simply as Gus Dur now seems to be employing his quixotic brew of religion and politics again, but this time in the potentially volatile environment of already fraught Malaysian-Indonesian relations.

It is one thing for the former Indonesian leader, much admired by some Indonesians and many Westerners for his irrepressibly liberal leanings, to openly express his admiration for Datuk Seri Anwar Ibrahim, whom he regards as almost a kindred spirit.

It is quite another for an ex-president of the republic to wade so intimately into our internal political affairs, abusing our famed hospitality by pronouncing on our internal security laws and institutions, and even giving his take on the highly contentious issue of the current charge of sodomy levelled against Anwar.

And this at a particularly sensitive time when Anwar is embroiled in a potentially do-or-die political battle to enter Parliament and meet what he regards as his destiny to be our next prime minister.

It is perhaps the fact Gus Dur is from Indonesia, a country many Malaysians regard as "elder brother", that the reaction among us to what he had most recently said has been surprisingly muted this far. I dare wager that if it were a leader from any other neighbouring country saying what he did about our country, the reaction would have been fast and furious.

Imagine for a moment what the reaction in Indonesia itself would be like if someone such as Tun Dr Mahathir Mohamad were to say in Jakarta some time before the country's presidential election next year something as explicitly as Gus Dur just did for us, in favour of either current President Susilo Bambang Yudhoyono or Megawati Sukarnoputri, seen as the likely top two presidential contenders.

I can almost visualise what a hyperbolic storm would be generated by the marauding tiger out of its cage that seeks to pass itself off as the paragon of a newly free Indonesian media. Dr Mahathir would surely be metaphorically lynched and most probably banned from setting foot on Indonesia ever again. But then our leaders, past or present, would never be so idiotic as to weigh in so indiscreetly on Indonesia's own affairs.

What I particularly resent is not so much outsiders butting in so rudely into our domestic affairs. What really gets my goat is when outsiders -- Gus Dur or the Americans, most especially -- feel so compelled to rather smugly speak out supposedly on our behalf.

It feels deeply offensive that they would arrogate to themselves the liberty to speak out for Malaysians supposedly denied the liberty to speak for ourselves. To condescend, in totally misplaced arrogance, to speak out for Malaysians purportedly repressed under an overbearing government that will, in their imaginings, stoop to inventing charges just so a potent political opponent can be brought down.

To stand in uncalled-for solidarity with Malaysians supposedly living under a virtual police state (which inexplicably still managed to mete out justice to its top policeman who gave Anwar, and in consequence the country's image, that now infamous black eye a decade ago).

Which is not to deny that Malaysians are currently feeling rather overwhelmed by problems and challenges piled seemingly one atop another. But this is our mess and we will sort it out as best we know how ourselves, or at least learn to live with and manage the endemic problem that lies at the core of Malaysian-ness: our uniquely complex racial-religious conundrum.

We may look to neighbours for some answers, but they seem in far worse binds than ourselves. As to that supposed global beacon on the hill that is the United States, your stock panacea to any challenge has long ago been found wanting. A whole swath of newly rich East Asia will not be where it is had it taken your simplistic prescription. And you should have your hands quite full now anyway with some fairly commonplace if serious housekeeping chores of your own. So, thanks but no thanks.

PELUANG BN MAKIN CERAH

Oleh Ahmad Zaini Kamaruzzaman

Anwar semakin tertekan, laluan ke Parlimen tak mudah WALAUPUN agak lesu, riak muka petugas Barisan Nasional (BN) kelihatan ceria menjelang dua hari lagi hari mengundi Selasa ini. Apabila ditanya peluang menewaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka agak cuak memberikan jawapan. Mungkin kerana belum ada tanda-tanda yang meyakinkan mereka untuk menang.

Memang banyak pihak tidak yakin BN mampu menggugat Anwar, namun selepas seminggu berkempen, peluang untuk menang dikatakan cerah. Kelmarin, kedudukan kelabu di sesetengah kawasan dilaporkan bertukar kepada putih. Namun, kedua-dua pihak menyatakan keyakinan untuk menang, tetapi kali ini dilihat Anwar lebih banyak bertahan akibat kempen agresif BN.
Anwar dilaporkan semakin tertekan. Air mukanya jelas menggambarkan laluan ke Parlimen tidak semudah yang disangka sebelum ini, apatah lagi untuk menjadi Perdana Menteri menjelang 16 September.

Jika sebelum ini beliau yakin peluang di Permatang Pauh lebih cerah berbanding di Bandar Tun Razak dan Gombak, keadaan semasa di kubu kuatnya sudah mulai goyah. Satu demi satu peluru yang dihalakan kepadanya perlu ditepis dan sokongan semakin pudar. Sebanyak 69 peratus pengundi Melayu daripada keseluruhan 58,459 pengundi, termasuk kira-kira 4,000 ahli Pas sudah mula berbelah bahagi. Keyakinan mereka terhadap Anwar semakin merosot sehingga ada yang tidak mahu mengundi PKR kerana yang bertanding ialah Anwar dan bukan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Pelbagai pendedahan terhadapnya termasuk isu peribadi, pembohongan serta dasar yang akan dilaksanakan jika menjadi Perdana Menteri juga amat dibimbangi menjadi kenyataan bukan saja di kalangan pengundi Permatang Pauh, malah kebanyakan rakyat. Anwar makin tergugat apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam kelmarin secara terbuka mengulangi sumpah tidak mengenali Altantuya Shaaribuu bagi menafikan tuduhan Anwar kononnya Najib terbabit dalam kes kematian wanita Mongolia itu.

Kali ini beliau mengulanginya dalam Masjid Kampung Guar Perahu. Sebelum ini, bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan melafazkan sumpah diliwat Anwar, juga dalam masjid di ibu negara. Justeru, ramai yang menanti bila Anwar akan melafazkan sumpahnya bagi menafikan dakwaan Mohd Saiful Bukhari. Anwar kini berada di persimpangan. Kegagalannya menyahut cabaran Mohd Saiful bermakna beliau takut 'dimakan sumpah' walau apa pun alasan yang diberikannya. PKR pasti menyedari isu itu menggugat keyakinan pengundi Melayu, terutama penyokong Pas dan pengundi atas pagar. Tinggal dua hari lagi tempoh berkempen, Anwar perlu berusaha lebih gigih untuk meyakinkan mereka.

Majoriti undi 13,388 yang dimenangi Dr Wan Azizah pada pilihan raya umum lalu tidak boleh dijadikan sandaran oleh Anwar untuk mengulangi kejayaan PKR. Tambahan pula pilihan raya kecil berbeza dengan pilihan raya umum kerana jentera BN digerakkan secara maksimum. Maka tidak hairan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut dikerah ke Permatang Pauh untuk mengembalikan keyakinan pengundi Melayu kepada Pakatan Rakyat, terutama penyokong Pas yang dikatakan tidak mahu mengundi Anwar.

Begitu juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dijangka membuat kemunculan malam ini. Kaedah sama pernah digunakan pembangkang pada pilihan raya kecil DUN Lunas, di Kedah pada 2000 apabila kehadiran Nik Aziz dan Lim Kit Siang pada saat akhir membolehkan kemenangan memihak kepada calon Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail.

Begitu juga di Anak Bukit beberapa tahun selepas itu apabila Pas menang pilihan raya kecil itu, tetapi tewas di Pendang. Berikutan itu, BN walaupun dikatakan mampu mengejutkan Anwar, perlu menggunakan sepenuhnya baki berkempen dua hari ini untuk meraih sokongan. Undi 25 peratus pengundi Cina dan enam peratus pengundi India perlu diraih sebanyak mungkin sambil berhadapan sebahagian besar daripada 13,388 pengundi yang memihak kepada Dr Wan Azizah sebelum ini memilih Datuk Arif Shah Omar Shah sebagai wakil rakyat mereka.

Wednesday, August 20, 2008

MORE OF ANWAR'S " CRONIES" OR "HYPOCRISY"?

By A Voice

They say they who live in glass houses should not be throwing stones. Corresponsingly, those who commit "cronyism" should not accuse other's of "cronyism".

And, those who demand proof should not support those who accuse other's without proof. The latter remark is intended to answer one commentator who seek to refute my list of Anwar's "cronies" by seeking proof.

Where is Anwar's proof then to accuse Najib of feminine indisgression, "murder" and commission taking from the Government's purchases of Scorpene and Sukhoi? Love or loath him, Anwar owe Najib proofs. Unsubstantiated accusation from one public figure to another public figure is defamatory.

On the subject of "cronyism", it is Anwar that challenged the public to name his "cronies". Since he did not define the "cronyism" term, Dr Mahathir's description was used. By that definition, there is no need to any proof. This is a court of public opinion and not a legal court.

I can vouch for the list I have provided from my years in the corporate sector analysing public companies and making a forte identifying "people behind those published names." These names come from the public but it is not ordinary man on the street but from dealings of my own and others.

To remind readers, the terms crony, cronies and cronyism remains in inverted commas as we await Anwar to shed more light on his definition. I sense it will be a while. He won't be dwelling on this issue any more.

Without having to open my own "six boxes", several sources reminded me of more names of Anwar's "crony". I am sure Ezam's promise to open his "six boxes" will shed even more. Why are we waiting?

More "Crony"

Reading Tunku's posting on Najib's revelation, it reminded me of another important "crony" of Anwar.



Thursday, August 21, 2008

Anwar Once Demanded Gambling Licence In Sabah, Says Najib

BUKIT MERTAJAM, Aug 20 (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim, when he was Deputy Prime Minister once slammed the table and threw files to demand the Sabah government approve a licence for a four-digit lottery to a company he had an interest in, said Datuk Seri Najib Tun Razak.

The Deputy Prime Minister said the incident happened when Datuk Yong Teck Lee was Chief Minister of Sabah.

"He (Anwar) wanted the licence because his elder brother was the chairman of the company concerned," Najib said when campaigning for the Barisan Nasional in the run up to the Permatang Pauh by-election in Simpang Empat, Seberang Jaya here Wednesday night.

Yong Teck Lee was appointed Chief Minister of Sabah from 1996 to May 1998 while Anwar was deputy prime minister from 1993 until he was sacked from Umno in September 1998.

Najib said he was proud of the action of the Sabah government in upholding its principles to deny the unprincipled Anwar the licence.

"Now he is talking about forming a society of high moral values but before, demanded for a gambling licence to be approved," he said.

Earlier, at another function in Seberang Perai Tengah, Najib announced special allocations amounting to RM100,000 for each mosque and RM30,000 for each surau in the parliamentary constituency.

He also urged Muslims to remind united so that the community continued to remain strong.

The by-election on Aug 26 will see a three cornered fight between Anwar, who is now advisor of Parti Keadilan Rakyat (PKR), the BN's Arif Shah Omar Shad and Hanafi Mamat of Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim)..


My recollection on this deal differ from Tunku.

The group Najib meant is more likely to be "Duta Yap" or Dato Yap Seng Hock's Mycom Berhad. It relates with the issue of Sandakan Turf Club bid for numbered games.

Other than "Duta Yapp", the Hong Leong people are also involved. I mentioned yesterday the close relation of Anwar in assisting Tan Sri Quek Leng Chan to secure a Malaysian Bank.

... And More "Crony"

Commentator Wak Segen in Rocky Bru's enlisted additional names from the Skim Kontraktor Wibawa "cronies" like Projass Engineering and Espirit Group.

Projass is a company having a nice modern designed building near the Subang Jaya Masjid (below is RHB Bank) but the owners, which are Anwar's MCKK collegemate, already left the country for London strpping the company's cash. Isn't that a case of CBT?

In former Bank Negara Malaysia Adviser, Dato Abdul Murad bin Khalid Statutory Declaration of October 28, 1999, many names are mentioned, and the story told tallies with my own knowledge of events. A summary of the names and events are below:


1. Dato Murad, a company, Ben Harta Sdn Bhd and its nominee shareholders - Gan Hong Sin @ Lan Hong Sing and Gan Sor Ting

2. Nazri Abdullah's Group takeover NST Group with help from Maybank and Hong Leong's Seow Lun Hoo and Quek Leng Chan of Hong Leong;

3. Tong Koi Ong and the recipients of his monthly benevolence are YB Azmin's wife, Puan Shamsidar Tahrin, and one Encik Rahman;

4. Former CIA operative, Douglas H. Paal that was heading Asia Pacific Policy Centre;

5. Receipient of debt problem solved - Tan Sri Abdullah Ahmad, Puan Marina Yusof, and Penang based Mercury Securities shareholder - Chew Seng Guan and Encik Ahmad Kamal;

6. Sale of Matang Emas Sdn Bhd, a company owned by Taib Hamid; and

7. Faiz Abdullah (Datuk Seri Anwar Ibrahim's ghost writer) and Seow Lun Hoo of Hong Leong to purchase Kewangan Usaha Bersatu Berhad (KUBB).

The list of mentioning of Hong Leong Group association with Anwar reminded me of the same group's involvement in ECM Libra and their takeover of Avenue Asset.

I am reminded of one member of PACC then that is supposed to probe into the ECM Libra-Avenue scandal, as in Member of Parliament, YB Sarit Jusoh who controls Wembley Berhad as Anwar's "crony".

Really Anwar, you could either define your "crony" term or lay off this issue.

SUMPAH SAIFUL TAK TIRU CARA KRISTIAN: MUFTI WP

KUALA LUMPUR: Perbuatan Mohd Saiful Bukhari Azlan memegang kitab suci al-Quran di tangan kanannya ketika melafazkan sumpah laknat di Masjid Persekutuan, 15 Ogos lalu tidak bercanggah dengan syariat Islam dan tidak boleh dianggap meniru cara agama Kristian, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, hari ini.

Beliau berkata kewujudan persamaan zahir dengan apa yang dilakukan oleh penganut Kristian tidak boleh dianggap meniru agama itu.

“Misalnya paderi Kristian menyebut kalimah “Amin” (Amen) ketika melakukan upacara sembahyang di gereja, maka umat Islam tidak boleh dianggap meniru Kristian ketika menyebut kalimah “Amin” dalam sembahyang dan ketika berdoa,” katanya.

Beliau berkata sumpah Mohd Saiful juga adalah sah sebagai sumpah di luar perbicaraan atau “alyamin qhairul qadhaiyah” dan bukan sumpah “mubahalah" seperti yang disiarkan oleh media.

“Ini kerana “mubahalah” memerlukan persetujuan pihak kedua seperti yang dinyatakan dalam ayat 61 Surah Ali Imran,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengenai hukum memegang Al-Quran ketika bersumpah, Wan Zahidi memetik sumber dari kitab “Fatwa Syarriah” oleh Al-Sheikh Hasanin Muhammad Makhluf, mantan Mufti Mesir dan Sheikh Muhammad Abu Zuhrah dalam bukunya “Fatawa al-Sheikh Muhammad Abu Zuhrah.

Beliau berkata Al-Sheikh Hassanin dalam kitabnya telah memetik pendapat Al-Imam Al-Ain iaitu “ Jika seseorang bersumpah dengan mushaf, atau meletakkan tangan ke atasnya, atau berkata: "Demi Quran ini - maka ia adalah sumpah yang sah.” Wan Zahidi berkata ini berupakan pendapat Imam Shafie, Imam Hanafi dan Imam Hambali.

Katanya Sheikh Muhammad Abu Zuhrah dalam kitabnya telah menyatakan bahawa “Bersumpah dengan nama Allah dengan meletakkan tangan ke atas mushaf adalah sumpah yang sah.”

“Daripada huraian itu dapat disimpulkan bahawa sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful adalah harus dilakukan dan tidak bercanggah syariat Islam,” katanya.

Pada 15 Ogos lalu, Mohd Saiful melakukan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan dia diliwat secara paksa oleh bekas majikannya yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu. - Bernama

Monday, August 18, 2008

SOKONGAN SAMA WAKTU DENGANNYA....

Oleh Hanafiah Man

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini makin “syok” kerana mendapat sokongan bukan sahaja daripada para penyokongnya tetapi juga pemimpin luar negara. Dalam ceramahnya pada malam selepas penamaan calon Sabtu lalu, Anwar secara terbuka memberitahu beliau mendapat sokongan daripada bekas Presiden Indonesia, Abdul Rahman Wahid atau lebih popular dengan panggilan Gus Dur dan dua bekas Presiden Filipina iaitu Joseph Estrada dan Corazon Aquino.

Malah bagi menunjukkan betapa hebat sokongan yang diterimanya, PKR menganjurkan sidang media khusus untuk Gus Dur di ibu pejabat parti itu dekat Petaling Jaya pagi Isnin. Selain daripada menyatakan sokongan kepada Anwar, Gus Dur yang dikatakan mewakili jutaan anggota Nahdatul Ulama mendoakan kejayaan Anwar pada pilihan raya kecil berkenaan. Beliau juga turut memberikan pandangan mengenai tindakan bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan bersumpah tidak mengikut lunas Islam dan tidak pernah diamalkan di mana-mana. Bagaimanapun seperkara yang perlu diberikan perhatian, mereka yang memberikan sokongan kepada Anwar dan mempertahankan Penasihat PKR itu perlu dilihat dahulu latar belakangnya.

Gus Dur jika dilihat daripada faktanya, dipecat daripada jawatan Presiden oleh Majlis Permesyuaratan (MPR) atau Parlimen Indonesia kerana diselubungi dengan pelbagai skandal termasuk penyalahgunaan kuasa, isu rasuah dan skandal seks. Ekoran pemecatan tersebut, Naib Presidennya, Megawati Sukarnoputri telah mengambil alih jawatan Presiden. Begitu juga dengan Estrada yang didakwa oleh Anwar memberikan sokongan kepadanya, dipecat daripada jawatan Presiden dan dipenjarakan oleh Mahkamah Filipina kerana menggelapkan wang negara. Ini adalah fakta yang tidak boleh dipadamkan. Jangan disebabkan hanya kerana ingin membuktikan sokongan bertali arus diterima, Anwar perlulah terlebih dahulu melihat latar belakang orang yang memberikan sokongan. Kecualilah, jika Anwar juga tergolong dalam kategori kedua-dua bekas Presiden negara jiran itu yang kewibawaannya boleh dipersoalkan dan tercemar.

Dalam konteks kenyataan Gus Dur yang menyatakan sumpah yang dibuat tidak mengikut lunas Islam, ia bercanggah dengan pandangan ulama tempatan yang menyatakan ia adalah selaras dengan syarak. Antara mereka ialah Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan bekas Mufti Kedah, Datuk Paduka Sheikh Abdul Majid Mohd. Noor. Malah daripada segi perundangan, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar mengesahkan sumpah Saiful itu mengikut lunas Islam dan mempunyai pemberat syarienya. Senario ini memberikan kesimpulan, Anwar rupanya mendapat sokongan daripada mereka yang sewaktu dengannya.- 18/8/2008

TIDAK ADA KONTRAK SOSIAL MALAYSIAN MALAYSIA

Oleh ZAM

PENASIHAT DAP Lim Kit Siang berprasangka laporan Bernama mengenai ucapan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa di Perhimpunan Pemuda Pas di Ipoh baru-baru ini yang mengatakan DAP anti Islam adalah misreporting atau salah lapor. Sehingga kini tidak ada penafian daripada Nasharuddin.

Sikap Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim sama sahaja, jika sesuatu laporan itu tidak memihak mereka, maka mereka akan mengatakan diputar belit, salah dan sebagainya. Pengikut-pengikut fanatik mereka akan terus percaya.

Bagaimanapun, oleh kerana hingga hari ini tidak ada penafian daripada Nasharuddin maka kita boleh terima laporan itu sebagai benar.

Untuk membersihkan diri daripada anggapan anti Islam itu, Kit Siang menjelaskan dalam blognya bahawa apa yang ditentangnya ialah penyelewengan terhadap kontrak sosial negara bermasyarakat majmuk, pelbagai agama, demokratik dan sekular.

Dia tidak anti Islam, dia menerima Islam sebagai agama rasmi tetapi bukan Malaysia sebagai negara Islam.

Siapakah sebenarnya yang tidak menghormati kontrak sosial, siapakah yang mahu menggunakan papan tanda jalan bahasa Mandarin di Pulau Pinang, siapa mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB)? Siapa tidak mahu memakai songkok hitam di majlis rasmi diraja dan siapakah yang menyokong perbahasan terbuka atas perkara-perkara sensitif di bawah Akta Hasutan?

Yang perlu dijelaskan oleh Kit Siang ialah apakah beliau menerima kedudukan layanan istimewa terhadap orang Islam (Melayu) yang sesuai dan dikehendaki dari segi taraf kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara yang tentunya lebih istimewa tarafnya daripada agama-agama lain di negara ini?

Jika Kit Siang menerima kedudukan Islam sebagai agama rasmi maka mengapa beliau menyokong Majlis Peguam mengadakan perbincangan bidang kuasa mahkamah syariah secara terbuka?

Cakap Kit Siang sama macam cakap 'bapa angkatnya' Lee Kuan Yew. Semasa Singapura dalam Malaysia dahulu dia berkali kali menyatakan penerimaan terhadap hak istimewa orang Melayu tetapi yang tidak dipersetujuinya ialah ketidakadilan dalam pelaksanaannya dalam kalangan masyarakat Melayu.

Harus diingatkan di samping kelemahan dan ketirisannya, dasar itulah yang telah mengupayakan orang Melayu menjalankan universiti sendiri, membuka hospital sendiri, mengendalikan bank-bank dan institusi kewangan yang berjaya dan yang melahirkan profesional Melayu.

Dalam tiap sistem ada kebocorannya tetapi di Malaysia kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan juga kedudukan hak istimewa orang Melayu telah menaikan taraf dan maruah Islam dan Melayu di negara ini dan di mata dunia, di samping tidak merugikan masyarakat bukan Melayu.
Ini semua membuktikan bahawa dasar kerajaan Malaysia selama ini terutama dasar Islam dan DEB telah menjadi diskriminasi konstruktif yang menyumbang kepada kestabilan negara dan membolehkan orang bukan Melayu hidup selamat di samping orang Melayu.

Kit Siang tidak anti Islam tetapi dia anti keistimewaan status agama Islam di negara ini yang secara langsung memberikan kelebihan taraf kepada orang Melayu sebagai orang Islam. Namun demikian orang Melayu tidak lupa daratan, tidak mendirikan masjid atau surau di mana-mana tanpa izin daripada pihak yang berkuasa.

Kedudukan Islam memang sebagai agama rasmi negara dan tidak termaktub dalam Perlembagaan bahawa Malaysia Negara Islam.

Namun hakikatnya negara Islam lain di dunia memang memandang Malaysia sebagai 'Negara Islam Contoh' kerana pemodenan dan kemajuannya sekalipun tidak mengamalkan undang-undang Islam yang menggerunkan DAP. Kit Siang menyedari hakikat ini.

Lebih daripada itu kerajaan pimpinan orang Islam di Malaysia dapat mendirikan sebuah bandar bercirikan Islam yang melambangkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara yang meyakinkan pelawat bahawa Malaysia negara Islam.

Kit Siang tidak senang dengan pencapaian ini kerana ia menampakkan ketidak samarataan seperti yang dihasratkan oleh semangat Malaysian Malaysia. Kelebihan taraf Islam di Malaysia menampakkan kelebihan Melayu.

Maka itu dari segi perlembagaan, tafsiran Nasaruddin bahawa DAP anti Islam adalah benar. Perisytiharan Kit Siang bahawa dia tidak anti Islam sebaliknya menentang pengkhianatan terhadap kontrak sosial adalah suatu percubaan untuk menutup warnanya di sebalik sehelai lalang.

Kontrak sosial yang tidak dihormati yang dimaksudkan oleh Kit Siang ialah kontrak sosial Malaysian Malaysia yang cuba dibawa dari Singapura pada tahun I965 dan bukan kontrak sosial yang dipersetujui bersama oleh rakyat Malaya ketika hendak mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun dahulu.

SHAFEE ABDULLAH SUING RPK

By Big Dog

Eminent litigation lawyer Dato’ Muhammad Shafee Abdullah, who was specifically mentioned by Raja Petra’s Malaysia Today articles under No Holds Barred section recently, decided to take him and the political news portal to court. However, the distant relative to the Selangor Royal family refused and totally ignored the attempt to serve him the summon earlier in week.

This is not the first time Raja Petra Kamaruddin was sued in court for his writings. Earlier this year, UUM Vice Chancellor Tan Sri Dr. Nordin Kardi obtained a default judgment suit for a RM 7 million sum as the former Free Anwar Campaign lead media person refused any attempt to defend himself nor appear in court. Recently when he appeared in court for the sedition and criminal defamation charges, Raja Petra refused to enter plea.
Today, Dato’ Shafee issued a media statement with regards to his action and challenged Raja Petra, whom the former called the latter “A common pariah”, in court or any tribunal of both mutual choice :
Press Release (17 August 2008 )

1. On the 6th, 7th, and 12th August 2008, Raja Petra published the 3 defamatory articles on me with other commenters publishing their comments following the 3 defamatory articles. All of the commenters are equally guilty of defamation and various offences of vulgarities under the Penal Code.

2. The Raja Petra website is a controlled website, meaning it is a moderated website. He chooses through that system to publish or not any article or comment posted on the blog site. He is therefore a publisher of all the articles and comments posted on his blog site and is therefore guilty of publishing, accommodating and adopting the contents as his. He has committed the offences of defamation, sedition and other offences in the Penal Code and the Communications and Multimedia Act 1998.

3. Raja Petra does not practice an open blog site. He only publishes materials that support him. All other materials that are critical of him or condemn him are not published. He is not interested in an open debate for alternative views. His claim that his website is a source of independent news is total nonsense. Clearly this blogger is a coward and one that hides behind his blog ( and as you can see in court last Friday, one that hides behind his wife as well) Any so called “Royalty” (as Raja Petra claims himself to be) who indulges in publishing vulgar statements over and above being defamatory ought to be ashamed of himself as his behaviour evidenced in the blog site is that of a common “pariah”.
4. I am lodging a police report today for offences committed by Raja Petra which are as follows:

(a) Criminal Defamation;
(b) Sedition under the Sedition Act 1948;
(c) Offences under the Penal Code for vulgarities;
(d) Offences under the Communications and Multimedia Act 1998; and
(e) Printing Presses and Publication Act 1984

5. The Order of the High Court has been officially served on him on the 15th of August 2008. But before this Raja Petra was aware of the contents of the Order dated 13th August 2008 as admitted by him in his article on the 14th itself. Under the law he should have obeyed the Order of Court counting from the 14th itself. I am monitoring closely if Raja Petra is complying with each and every order that the court has imposed against him. If he does not observe any of these orders, I will compel him to be produced in court for contempt of court. I will continue to do this for every contemptious act he commits and if the contempt continues I will make repeated applications for contempt against him. If the court of Appeal could find it sufficient to send Murray Hiebert, a bona fide journalist to jail in Malaysia, the crimes committed by Raja Petra would be far worse. Raja Petra is not a bona fide journalist or an independent news provider. He is truly a puppet of some political animal. Raja Petra’s website is a political propaganda website and Raja Petra is the chief puppet.
6. This year alone 2 successful defamation suits have been taken against Raja Petra. The cases are :

(a) Universiti Utara Malaysia & Vice Chancellor Tan Sri Dr Nordin Kardin v Raja Petra , where a defamation suit was taken against Raja Petra. Raja Petra never entered appearance nor defended the case. On 26th March 2008, Raja Petra was ordered to pay RM 4 Million as damages to the Plaintiffs. He has failed to pay the RM 4 million. Raja Petra is a bankrupt and has been declared a bankrupt for quite sometime. As you know, an honourable bankrupt must defend his reputation about his credibility. Raja Petra never defended his credibility. He is not just a common bankrupt. He is also bankrupt of credibility and ideas.

(b) The case of Dato Seri Azim Zabidi v Raja Petra, a Kuala Lumpur High Court suit. Again judgment in default of appearance has been taken against him. The Plaintiff in that case has applied for damages to be assessed by the court. And the damages sum would soon be announced by the Court. Tell me why isn’t Raja Petra defending these suits ? I suggest there is only one reason : he has no defence and he knows his stories are all propaganda and has no nexus to truth.

The above precedent cases show that:

(a) Raja Petra is a coward in not defending the defamation suits against him.

(b) If he claims he can justify the contents of all his writings, the public deserves to know the truth and he should not behave like a coward and not come to court and prove his case.

(c) I challenge him to consent to our case being expedited for trial so that the public will know the truth whether Raja Petra is a liar or not. The court is the best forum to adjudicate on the conflict. In fact, alternatively, if Raja Petra wants an independent arbitration on this matter, with independent arbitrators chosen by a joint consent between him and me, I will gladly accept it and challenge him to produce the proofs of his allegations.

7 We are concerned that Raja Petra thinks that being a bankrupt he does not have any obligations to law and society. This is perhaps the reason why he is so dishonest and reckless as to what he publishes. If he thinks he can hide behind his bankruptcy, he is dead wrong. So far the conduct of Raja Petra clearly shows that his sole motive is to do propaganda and truth was never his consideration at all.

8. For your information, I can conclusively show Raja Petra is a total liar I have independent evidence, both oral and documentary, that will show neither the office of Shafee & Co nor this conference room you are sitting in or the whiteboard you are looking at or I personally are involved in anything close to the allegation by Raja Petra that we are involved in a conspiracy relating to the case of the sodomy allegation by Saiful against Anwar Ibrahim. Raja Petra will have to show his so called evidence. He bluffs by saying he has got 6 witnesses 3 of them are datuks apparently.And I urge him that if he has that evidence, he must quickly agree for an expedited trial of this matter as the public deserves nothing less than the truth. If Raja Petra is found to be lying to the public he must be stopped fast so that the public is not misled.

9. For your information, I have been away in Kuching and Terengganu for more than 6 weeks prior to Anwar Ibrahim being charged, I was away from the 28 June 2008 until 7th August 2008 continuously with one week in Kuala Terengganu (all of them related to my work in relation to 3 Election Petitions).How could I be in this room to mastermind the operation with the police.

10. Why should the police want to do a black operation in this room? Don’t you think a black operation by its nature is secretive ? Should such an operation be done in this open conference room ? That is the reason I say even a person with a pea-sized brain would not believe his story. Raja Petra is not a clever bluffer. I would love to cross-examine him in court and I would offer myself to be cross-examined by his team of lawyers if this is the only way truth can be revealed.

11. I will tell him to stop being the coward he is. Come out into the open, in the open court and fight me like a man and not to hide behind his web site or behind the skirt of his wife.

……………………………………………..
Dato’ Muhammad Shafee Abdullah
*****************************
*Updated 930pm
Also read The Malaysian Insider for their report

Thursday, August 14, 2008

ARIFF DIMINATI AKAR UMBI


Oleh Wartawan Utusan


TIDAK sampai 30 minit selepas Datuk Arif Shah Omar Shah diumumkan untuk menggalas cabaran Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh kelmarin, nada pesaingnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini begitu melaung-laungkan kemenangan besar berubah sama sekali.
"Majoriti undi yang besar pun tak pa, majoriti yang kecil pun tak pa, yang penting kita capai kemenangan," kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ketika berucap pada ceramah umum di Kampung Kota, Permatang Pasir dekat Bukit Mertajam pada pukul 10.35 malam.
Semasa pelancaran jentera PKR kira-kira sejam sebelum itu di Markas Yayasan Aman, juga di Bukit Mertajam, beliau turut mengingatkan para penyokong parti itu supaya jangan begitu selesa dengan keyakinan bahawa PKR akan menang besar.
Nada kedua-dua majlis yang dihadiri An- war itu hanya dipisahkan masa satu jam 30 minit selepas pengumuman pencalonan Arif Shah oleh Pengarah Jentera Pilihan Raya BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut menyaksikan pelancaran jentera pilihan raya BN di Hotel Sunway, Butterworth.
Pemilihan Arif Shah, 52, ironinya mengejutkan Anwar dan kepimpinan PKR yang lain. Naib Presiden PKR yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR Pusat, Azmin Ali dikatakan tidak menyangka Arif akan terpilih. Mereka sangkakan calon yang mengetuai UMNO bahagian. Sebelum ini Azmin dikatakan terlalu yakin PKR akan mencapai majoriti melebihi 20,000 undi ke atas BN di Permatang Pauh.
Suasana pengumuman Arif Shah di pusat konvensyen di Hotel Sunway kelmarin juga memberangsangkan. Najib ketika berucap memberitahu, pada awalnya sebelum turun ke Hotel Sunway, beliau dimaklumkan oleh Pengerusi BN Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Tsu Koh Tsu Koon menerusi Sistem Pesanan Ringkas (sms) bahawa jumlah hadirin ke majlis itu hanya 200 orang.
"Saya pun bertanya pada diri apa sudah jadi, takkan hendak lancar jentera pilihan raya hanya sekitar 200 orang sahaja yang hadir. Tapi bila turun ke sini rupa-rupanya ramai... lebih 2,000 orang," kata Najib.
Semalam, Arif Shah yang umum khususnya masyarakat Permatang Pauh memahami 'hemoi'nya mensasarkan dua agenda utama untuk penduduk di kawasan itu jika terpilih sebagai wakil rakyat mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya itu berkata, usaha untuk meningkatkan perpaduan semua kaum di Permatang Pauh menjadi agenda utamanya selain mencari jalan untuk mengatasi masalah kemiskinan penduduk di kawasan Parlimen itu.
"Penduduk di Permatang Pauh seolah- olah terkena sumpahan sejak kerusi Parlimen itu jatuh kepada pembangkang pada 1999 dengan tiada sebarang pembangunan dapat dizahirkan di situ. Juga, tidak ada perhubungan akrab terjalin antara penduduk di situ dengan wakil rakyat mereka.
"Jadi, sudah sampai masanya kita menebus balik sumpahan ke atas Permatang Pauh dengan memberi peluang kepada saya sebagai kuli untuk berkhidmat kepada rakyat supaya Permatang Pauh kembali bersinar," katanya.
Mengenai peluangnya berdepan dengan Anwar, Arif yang juga Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh ketika Anwar menerajui UMNO bahagian itu menaruh keyakinan mampu merampas kembali kerusi Parlimen itu hasil sokongan padu semua kaum di situ walaupun dengan majoriti yang tidak besar.
"Ketika ini ramai wakil rakyat yang memegang jawatan sebagai ADUN dan anggota Parlimen. Saya rasa tidak ada masalah untuk saya memberi khidmat terbaik kepada penduduk di dua-dua kawasan itu," katanya.
Arif Shah mula terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya pada pilihan raya umum 2004 setelah mengalahkan calon PKR Dr. Mansor Othman dengan majoriti 4,464 undi.
MenewaskanPada pilihan raya umum Mac lalu, beliau mengekalkan kerusi DUN itu untuk penggal kedua setelah menewaskan calon PKR, Ramli Bulat dengan majoriti 533 undi.
Ditanya kemungkinan penyokong dan calon BN yang tidak terpilih akan mensabotaj beliau pada pilihan raya kecil nanti, Arif Shah berkata: "Saya percaya semua di Permatang Pauh akan membantu saya dan saya tidak menyimpan dendam kepada sesiapa."
Sebelum ini beberapa nama disebut-sebut bakal dipilih sebagai calon BN termasuk Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid, Timbalannya Datuk Pirdaus Ismail dan pendakwah bebas Datuk Shamsuri Ahmad.
Ketika namanya diumumkan sebagai calon Rabu lalu, Arif Shah, yang duduk di barisan belakang di pentas utama, bangun dari kerusinya lalu menerpa ke arah Abdul Jalil yang duduk sebaris dengan Najib di hadapannya lalu memeluk beliau sambil menitiskan air mata.
Selepas itu, Pirdaus dilihat mara ke arahnya dan turut memeluk beliau sebelum Arif mengangkat tangan Abdul Jalil dan Pirdaus sebagai tanda bekerjasama dan persefahaman antara mereka.
Antara kelebihan Arif Shah ialah beliau disegani oleh musuh dan rakan kerana bekerja tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Malah beliau juga telah banyak menyelesaikan masalah tempatan yang dihadapi oleh para penyokong PKR sendiri.
"Pemilihan Arif adalah kerana mengambil kira faktor kemenangannya di DUN Seberang Jaya dan faktor setempat", kata Najib.
Arif Shah adalah seorang yang mengetahui strategi politik Anwar kerana beliau pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh ketika Anwar menerajui bahagian itu.
Beliau juga lebih mengenali pengundi di Permatang Pauh berbanding Anwar kerana Arif Shah yang tinggal di Seberang Jaya sentiasa berada di kawasannya dan turut menjalankan kerja-kerja membantu rakyat di ketiga-tiga DUN di Permatang Pauh setelah kesemua wakil rakyat BN yang lain tewas.
Anwar ketika berucap di Kampung Kota, Permatang Pasir kelmarin berkata, beliau tidak kisah siapa yang menjadi pencabarnya pada pilihan raya kecil itu nanti.
"Saya tak kisah siapa calon yang ditentukan oleh pihak sebelah sana (BN). Saya bukan nak gaduh dengan Arif Shah. Kalau dia nak bertanding itu hak dia. Lagipun dia dah menang kawasan Seberang Jaya," katanya.
Arif Shah, yang menerima pendidikan di sekolah rendah dan menengah jenis kebangsaan Cina, melahirkan keyakinannya untuk memenangi kerusi itu walaupun dengan majoriti yang kecil.
"Saya yakin menang walaupun dengan majoriti yang kecil kerana saya mendapat sokongan rakyat dari semua kaum," katanya yang fasih bertutur dalam bahasa Mandarin dan Hokkien.
Sudah tiba masanya BN menebus semula kekalahan selama tiga kali di Parlimen Permatang Pauh. Malah pengundian pada 26 Ogos ini diyakini akan membawa perubahan yang sangat diharapkan oleh masyarakat setempat.