oleh ML
1. 9 Julai bakal menjadi hari hitam negara. Agen-agen perosak negara akan berhimpun, berarak, sambil membawa sepanduk dan placard memekik dan merosak harta benda dan keharmonian serta mengancam keselamatan negara. Lihatlah kesan kejadian perhimpunan yang pertama tahun 2007, juga perhimpunan-perhimpunan yang lain.
2. Kenapa sedemikian? Kerana kerakusan dan mabuk kuasa, mereka akan buat apa saja, matlamat menghalalkan cara, asalkan matlamat tercapai.
3. Pelan rusuhan dipimpin oleh proksi al-juburi, dan Melayu PAS Mat Sabu jadi barua Datuk Ambiga (Anugerah Datuk yang dikurniakan DYMM Sultan Perak). Apa sudah jadi? Kita bangsa Melayu yang penuh dengan nilai2 sopan dan budi bahasa serta bermaruah sanggup jadi kuda tunggangan hanya untuk membenarkan Anwar Ibrahim ke Putrajaya?
4. Mereka menamakan kumpulan mereka sebagai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih). Inilah barisan Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0.....Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay and Arul Prakkash..
5. Apa yang mereka mahu? Mereka mahu hal-hal seperti membersihkan daftar pemilih, mereformasikan sistem pengundian pos, memperkenalkan dakwat kekal, memastikan akses kepada media bebas dan adil, menjamin tempoh minima 21 hari berkempen, menghentikan rasuah dan politik kotor. Nak hentam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)? Sudah banyak penambah-baikan dan pindaan undang-undang dibuat, pembersihan daftar pemilih sentiasa dilakukan, pengundi yang telah meninggal dunia telah dikeluarkan dari senarai. Undi pos apa masalahnya? Pemilih yang berkenaan memang dibenarkan oleh undang-undang mengundi cara sedemikian dan setiap parti yang bertanding ada wakil yang melihat. Nak minta supaya guna dakwat kekal? Dakwat telah diuji dan tidak menjamin daripada tidak berlakunya penyelewengan.
6. Masa berkempen dipanjangkan 21 hari? Ini akan memakan belanja yang besar dan memberi impak kepada keselamatan. Akses media? Bukankah banyak saluran media yang mereka boleh gunakan? Mereka bebas cipta dan terbitkan media elektronik dan media cetak tanpa permit, sedangkan Utusan Malaysia diboikot, apakah ini kebebasan media? Tengoklah Harakah, Suara Keadilan, Selangor Kini dan lain-lain jenis media yang mereka terbitkan.
7. Politik kotor? Politik tidak kotor, yang kotor pendokong-pendokong politik, dan kebanyakannya yang mengotorkan dan membuat kotor adalah pembangkang! Mereka berbuat jahat diluar gelanggang Parlimen. Malaysia memberi peluang rakyat memillih wakil mereka setiap 5 tahun sekali di peringkat Parlimen dan DUN. Atas nama demokrasi, pembangkang menang dan dapat perintah 4 negeri (Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan). Jika SPR tidak bagus, tidak telus, mana mungkin pembangkang boleh menang hingga menidakkan kemenangan 2/3 Barisan Nasional (BN)!
8. Sembang-sembang dengan rakan-rakan tentang perhimpunan haram ini, mereka kata Melayu diperkudakan, ikut telunjuk Anwar. Ambiga nak jadi ikon baru kaum India, yang akan rosak nanti peniaga2 yg akan hilang pendapatan, kesesakan lalu-lintas yang amat teruk, pelancung takut nak datang ke Malaysia, pemandu teksi tak dapat hasil, peniaga kecil hilang pendapatan nak sara keluarga...dan bermacam-macam lagi kerosakan yang berlaku....
9. Ambiga tahu kesan semua ini, tapi apa dia peduli? Ambiga punya pendapatan jumlah yang besar, apa peduli dengan peniaga-peniaga kecil? Apa dia kisah dengan pelancung tidak datang ke negara ini? Bukankah tindakan mereka guna cara Michiaveli, matlamat menghalalkan cara..persetan kerosakan yang berlaku, persetan keselamatan negara, persetan maruah orang-orang Melayu tercemar, persetan semua itu...
10. Ambiga dengan bongkak berkata, dia akan teruskan perhimpunan dan perarakan haram itu nanti biarpun dia akan ditangkap! Wah...dah mula besar kepala! Berani mencabar kedaulatan undang-undang? Tapi memang beliau dan rakan-rakannya mahu polis menahan dan menangkap mereka, ini akan dijjadikan bahan momokan dan kempen pilihan raya nanti bagi menagih simpati rakyat.
11. Timbalan Ketua Polis Negara sudah beri amaran yang dikira agak keras dan tegas iaitu polis tidak akan keluarkan permit kepada mana-mana kumpulan yang buat perhimpunan, polis akan ambil tindakan! Kita tabik polis, kita tabik ketegasan polis. Tapi kita nak tengok apa sebenarnya tindakan polis? Boleh kah polis ambil tindakan pre-emptive?
12. Orang Melayu tidak mendapat sebarang keuntungan daripada perhimpunan haram ini, pihak-pihak yang bersembunyi di belakang tabir hanya menanti saat kaum majoriti berpecah sesama sendiri. Tengoklah nanti, Ambiga dan bangsa lain akan cabut lari awal-awal lagi bila polis bertindak, yang kena bedal nanti budak Melayu!
Sunday, June 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment