Tuesday, October 27, 2009

PENGHARGAAN KEPADA DATUK MOHD ALI BAHAROM PENAUNG PPM ......... SENTIASA PRIHATIN TERHADAP KEBAJIKAN PESARA-PESARA ATM


Oleh : Pemikir MM

Akhbar KOSMO, 27 Oktober 2009, telah memaparkan satu berita menarik mengenai kegiatan proaktif Persatuan Putra Malaysia (PPM) menemui dan membela nasib bekas komando Abu Bakar Kabir, 77 tahun yang selama ini berasa terabai selepas 35 tahun bersara Pasukan Komando. Beliau yang bersara dengan pangkat Staf Sarjan, berasa syukur dan terharu tentang keprihatinan PPM dan Kementerian Pertahanan datang menyalurkan bantuan kebajikan kepadanya. Turut serta dalam pertemuan ini adalah Pengarah Jabatan Hal Ehwal ATM Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan Mejar Norasbi Said dan Datuk Mohd Ali Baharom, Penaung PPM. Pertemuan ini berlaku di kediaman En. Abu Bakar Kabir di Kampung Shell Gate, Port Dickson.

Rata-rata terdapat 500,000 pesara tentera Malaysia. Mereka ini telah banyak memberi khidmat taat setia dan merupakan satu golongan yang perlu diberi perhatian kerana pengorbanan yang sangat bernilai kepada negara. Dalam hubungan ini, adalah sesuai bahawa PPM dan Jabatan Hal Ehwal ATM terus di perkasakan disamping menyediakan pendekatan-pendekatan yang pragmatik supaya dapat mendekati setiap pesara tentera demi meningkatkan kebajikan dan keprihatinan kerajaan terhadap mereka.

Pemerhati berpendapat bahawa Kerajaan memang sentiasa memberi perhatian dan tumpuan kepada golongan ini. Ini terbukti apabila Menteri Pertahanan YB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zaid Hamidi yang telah menyediakan beberapa pakej yang boleh meningkatkan kebajikan dan sara hidup tiap veteran. Kami mengucapkan syabas kepada YB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Jabatan Hal Ehwal ATM dan Datuk Mohd Ali selaku Penaung PPM yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan tiap veteran dan pesara tentera semoga khidmat mereka ini dapat diteruskan berasaskan hasrat YAB Perdana Menteri dengan Gagasan ”1 Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”

No comments: