Wednesday, July 16, 2008

CAKAP-CAKAP DI KAFE PARLIMEN

oleh : Pemuda Malaysia

Hari ini saya berada di Parlimen dan bertugas seperti biasa. Saya sempat berbual dengan seorang pegawai kerajaan yang hadir ke Parlimen untuk bertugas. Rasanya tak perlulah saya beritahu beliau daripada kementerian mana namun cukup saya terangkan di sini pegawai tersebut berasal daripada Sabah.

Saya berbual mengenai debat yang telah diadakan di antara Menteri Penerangan dan Penasihat Parti PKR. Beliau memberikan pendapat yang ikhlas dengan memuji kehebatan Dato' Ahmad Shabery Cheek selaku Panglima kepada Perdana Menteri. Ternyata beliau amat kagum dengan lagak bersahaja Dato' Ahmad Shabery berdebat dan memberikan hujah yang amat realistik dengan isu yang dibincangkan. Beliau turut memuji kerajaan Malaysia kerana bertindak adil dengan memberikan ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan pendapat daripada sudut pandangan pembangkang. Jika Anwar yang memerintah, jangan harap kerajaan Anwar akan bertindak adil sebegitu.

Pegawai kerajaan dari Sabah ini turut memberikan pendapat peribadi iaitu, jika boleh semua MP-MP yang berada di Dewan Rakyat dapat mengikuti jejak langkah Dato' Ahmad Shabery dalam menyampaikan hujah dan pendapat. Beliau turut menyebut nama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang turut mempunyai kaliber dalam berbahas di Dewan Rakyat. Walaupun Datuk Seri Nazri Aziz diasak berbagai soalan daripada MP-MP pembangkang, beliau tenang menjawab dan tidak mudah naik angin.

Dalam perbualan saya bersama pegawai kerajaan dari Sabah ini juga melahirkan idea agar ditubuhkan sebuah Akademi "Debat" bagi melatih MP-MP terutama daripada pembangkang yang langsung tidak ada karisma dalam membahaskan sesuatu isu dan hanya hentam keromo sahaja.

Apapun, kerajaan Malaysia masih dan sentiasa mempunyai barisan Menteri yang berkaliber dan berkebolehan dalam perdebatan untuk menerangkan sesuatu isu kepada rakyat jelata.

Tahniah buat kabinet Pak Lah!!!

No comments: